2 Kejadian

Hari ni otw pergi kerja nampak 1 eksiden kat jalan belah sana. Masa lalu tepi tu nampak dah mayat kena tutup dgn plastik hitam. Polis tgh nak angkat letak atas stretcher masuk dalam trak. Rasanya penunggang motorsikal sebab nampak helmet merah tergolek tengah jalan. Tak sure dia kemalangan sendiri or ada kenderaan lain yg terlibat sbb dah di akhir-akhir kejadian baru dpt saksikan depan mata. As usual pemandu Malaysia yg terlebih prihatin ramai ler yg berhenti tepi jalan nak tengok the scene. Sampai jem sikit kat jalan kami pdhal yg eksiden kat belah sana. Saborkan ajelah hewheww -.-"

Then masa kat jalan Dengkil tu sikit lagi kami nak terlanggar anjing wane coklat. Tetibe pulak dia melintas jalan entah datang drp mana. Seb baek jalan sebelah sana takde kenderaan. So habi sempat mengelak the anjing tp dah ckup membuatkan mak yong kecut perut. Anjing tu pulak tetibe dah tengah jalan dia berhenti. Takut dah gaknye pasal nampak byk dah kereta tuju arah dia. Aku harap anjing tu tak kena langgar & kereta kat belakang kami sempat mengelaknya.

2 kejadian yg menderaukan darah di pagi hari. Alhamdulillah kami tak apa-apa.

Minggu depan doc suruh buat detail scan for baby. Masa Naurah dulu kami tak buat pun. Asyik bertangguh sampai dah tak relevan nak buat. Haha. Kali ni doc Fatimah mcm suruh buat jugak. Maybe sebab komplikasi aku kali ni lebih hebat drp dulu. So klu boleh detect apa-apa dr awal, lagi bagus kot. Habi pun cakap pergi ajelah buat. Selang 2 hari after that ada regular check up pulak dgn doc. Mesti doc tanya nanti dah buat ke blm detail scan. So sblm kena ceramah, baik lah kite buat siap-siap. Hehehe.

Guane lah agaknya rupa adik baby boy ni yer? Tak tahulah features siapa yg lebih banyak dia ikut. Naurah tu orang kata byk ikot muka habi. Tak kisah lah. Yg penting baby sihat sempurna. Itu yang lebih utama.

Sekali tengok-tengok gender baby dah bertukar..kihkihhh....anything is possible ^^




 



 

Popular Posts