A Silent Killer

Perghh...rasa macam nak pecah kepala bahana skip makan ubat darah tinggi malam td T____T Semalam apa yg dimakan lunch semuanya keluar balik masa nak balik keje. Sudahnya lembik sampai ke malam & lps Isya' terus tido tak ingat ape sampai lah ke pagi. Ubat BP & supplement semua tak makan. Foods apetah lagi. Mati terus selera kalau dah start muntah-muntah gitu. Pagi-pagi check BP mencanak terus yg bawah 91 @_@

Tak berlengah terus inggah petrol station beli roti & susu. Sampai opis terus makan ubat & amek reading 1 hour after that bawah dah normal 77 aje. Normal mmg la normal. Tapi effect ubat tu pd aku mcm nielah. Macam nak pecah kepala. Rasa darah semua berkumpul kat atas sana. Nak kata sakit kepala tak jugak. Nak kata pening sgt pun tak jugak. Nak kata nak muntah pon tak jugak. Susah nak describe mcm mana. Tapi yg pastinya rasa tak best. Mcm bengang aje kepala ni rasa. Tekanan.

Penyakit darah tinggi ni memang buat aku selalu ingat pd kematian. Sememangnya ia penyakit ' silent killer '. Kadang kita rasa biasa jelah takat pening sikit-sikit. Rasa boleh tahan lagi ni. Tp hakikatnya organ dalaman kita dah bercelaru. Boleh jd buah pinggang dah rosak & boleh jd stroke menyerang tak semena-mena. Tau-tawu dah kritikal aje. Inilah bahayanya masalah tekanan darah tinggi neh.

Aku ni pula sedang membawa 1 lagi nyawa. Entahkan kami survived entahkan tidak. Entahkan salah seorang aje yg terselamat. Entahlah.

Aku cuma harap yg terbaik & moga Allah sentiasa menjaga kami.




Popular Posts