Akibat Menjadi Seorang Overweight

Syukur hari Sabtu lepas dapat menghadirkan diri ke rumah AnaLyana meraikan birthday boy & girl Dani & Zara. Si Zara tu makin comel taw. Even dah tak bam-bam sgt mcm last time jumpa dia, tetap geram tengok keletah dia. Dani pun nampak lebih terkawal di rumahnya sendiri. Hehehe. Abang Long dah besar kan? Thanks Ana for the foods & hospitality. Sedap sgt soto & bihun. Kek coklat si Ann buat pun sedap. Tak berhenti makan aku kat sana. 2 jam hokey melepakkan diri kt rumah Ana. Buat malu aje. Haha.

Syok sembang dgn Fad, Zaza, Miera yg turut ada sama. Lama dah tak jumpa. Main dgn si dobot Isma. Memang santai habis masa kat rumah Ana. Dh buat mcm rumah sendiri pulak. Kahkahh. Lepas gian sbb dh lama tak join gathering dgn bloggers =) Aku menantikan kedatangan Hany, Jue & Ann tp hampa T__T

Lepas settle rumah Ana, kami ke Alamanda. Saje bawak Naurah jalan-jalan. Happy betul budak tu padahal lansung tak tidur siang. Sudahnya dlm kereta otw balik terus terlena tak sedar apa. Kami laki bini pon lepak gila. Tp sempat lg aku tgk The Avengers kat Fox. Pukul 12 baru ajak habi naik atas tido. Gigih. Hahaha.

Ahad pulak breakfast kat luar & do some grocery shopping. Then rehat ajelah kat rumah tak kemana-mana. Memang plan nak rehatkan badan aje. Best. 

Tp skrg tgh tak best. Tak berapa sihat.Dah banyak hari sihat & menambah lemak. Hari ni merasa lah foods masuk dlm toilet bowl. Seminggu sekali dua mesti terjadi punya. Elok jugaklah supaya berat tak naik mencanak sangat. Takut ah bila nak jejak 90kg. Tak pernah lagi seberat tu. Kalau boleh mmg taknak exceed that number. Otak ligat fikir menu yg sihat & kurang kolestrol. Beras kat rumah pn dah tukar beras basmathi. Dgn harapan tak mkn nasi dgn jumlah yg over. Hihi.

Masa preggykan Naurah berat terakhir dicatatkan 86kg. Now baru nk masuk 6bln dah capai berat tu. Ape cer? Inilah bahana tak control makan utk dpt berat yg ideal masa first pregnancy. Jangan diikut perangai ahkak yer adik-adik sekalian. Not good for your health. Now byk komplikasi penyakit utk 2nd pregnancy. Padahal umur baru nak masuk 31 bulan 9 nanti. Memalukan! Mak-mak kite dulu anak sampai 7 orang steady aje sampai boleh bersalin kat rumah aje. Aku baru anak nak masuk 2 sudah ada harapan hilang nyawa. Memang gila!

Kalau aku & baby berjaya harungi pregnancy ni dgn jayanya, memang aku akan cuba turunkan berat badan ni habis-habisan. Aku nak jadi seorang ibu yang sihat utk anak-anak & suami tercinta. InsyaAllah.








Popular Posts