Aku Telah Di Kutuk!

Tetibe kan....aku teringat satu kisah benar yang berlaku pd diri aku masa balik ke Johor baru-baru ni. Kalau ingat-ingat balik memang rasa sakit hati betul. Hahahha. Pakkal aje berdepan dengan orang tua. Lagi pun aku memang tak reti la nak me laser mulut or menjawab dgn orang yg mulut lepas ni. Tak reti nak balas apa. Cam terkulat-kulat gitu. So kita senyum ajelah walau dalam hati dah robek mcm kena cakar dgn ayam =P

Di satu pagi yang indah tu, aku baru lepas breakfast sambil memerhatikan mak & abah yg sibuk bersiap utk pergi kursus umrah/haji kat Bandar Tenggara. Aku offer mak & abah drive kereta habi aje pasal block kereta deme. So aku pun keluar lah kat porch kereta bersihkan apa yg patut kt dlm kereta tu.

Masa aku keluar tu tetibe ade suara drp atas jalan menanya ' ko tak pergi ke non? '. Sah. Makcik ni ingat aku adalah mak aku. Hahaha. Maybe dia rabun gaknye sbb jauh la jugak jaraknya tu. Muka makcik tu pun aku nampak samar-samar aje. Tp aku cam la makcik mana. Jiran rumah atas sana. Aku pun jawab ajelah ' mak pergi. kejap eyh! '. Then makcik tu pun turun drp atas menuju ke bawah.

Aku masa tu segan jugak sbb tgh preggy ni nampak tembun gila drp biasa. Tapi sbb nk kemas kereta, aku teruskan ajelah kerja aku. Masa tu abah pun dah siap & ada kt porch. Naurah pun tgh main-main dedekat situ. So aku pun hulur la tangan bersalaman dgn makcik tu. Then suruh Naurah salam jugak. Budak tu sokay aje. Dah besar gini tak takut sangat dah nk salam orang dia tak kenal. Then makcik tu pun ckp lah ' dah besar dah anak ko yer '. Aku pn balas la ' ha'ah...dah 3 tahun dah '.

Then makcik tu sambung 'amboi...kemain gemuk lagi ko skrg yer. dulu-dulu kurussssss aje'. Masa tu aku dah terfikir, eyhh....makcik ni salah orang ke? Aku pernah kurus sekejap masa nak kawen aje. Sblm-sblm tu mmg tembun gini lah aku. Aku bajet dia keliru dgn siblings aku yg lain sbb muka kami ni kan semua jenis potostat. Lebih kurang aje. Hehehe.

Then abah aku dgr makcik tu ckp itu tetibe dia balas ' berisi lah sebab tengah ada isi....'. Huuu..terharu aku dengar abah aku back up anaknya ni. Abah tau aku mesti tak reti nak balas ape kot. Of kos mak bapak la yg sgt mengenali anak-anaknya ^^ Then nak tawu makcik tu ckp ape? Dia kata ' ellehhhhh....baru bape bulan je ni.....'. 

Hamboiii..kemain lagi dia nak mengutuk aku. Kaw-kaw habis. Yang dia jaki sgt aku gemuk ni ape kes kan? Siap nak pertikaikan pulak aku baru bulan preggy dh gemuk gitu. Memang terbakor jugaklah hati aku masa tu. Tp as usual tak reti nak kurang ajar. So aku jwb ajelah baru 4 bulan. Then dia ckp ' hahhh...kan kecik lagi tu......'. So whatttttt?????? Macam aku ni ade nyusahkan dia pulak gemuk gini. Dah ler setahun bape kali je sua muka. Skali jumpe kemain nak mengutuk orang.

Aku pun tak terkata ape dah la. Terus je kemas kereta. Then tetibe Anje pun keluar. Dia nampak Anje terus ckp ' kurus nya kau Anje......'. Adik aku tu sengih ajelah. Malas nk ckp pape gaknye. Kang makin dilayan makin menjadi pulak makcik tu. Hehe.

Geram je aku klu ingat pasal kejadian ni. Sempat jugak meluahkan isi hati kat Kak Ya. Hahaha. Tp yelah kan...orang tua-tua ddk kampung mmg gitu lah pun peelnya. Aku takdelah dendam ke ape kt makcik tu. Cuma rasa tak patut la dia mengata aku sampai mcm tu sekali. Dah la aku tgh preggy kan? Klu tak preggy tu takde la nk terasa sangat. Hihi =P

Tunggulah nanti aku kurus balik. Masa tu nnti aku nk dtg rumah dia beli aiskrim batang 20 pcs yg dia jual tu. Saje nk tayang badan sambil kelek anak 2 ketoi. Hahaha. Huhh! Tak kuase mak noks.








Popular Posts