Cerita Gembira Sahaja

Akhirnya aku buat keputusan utk balik ke Johor hujung minggu ni bersambung sampai ke Labor Day. Next week mak jemah kerja 1 hari setengah aje. Best gila kot. Hehehehe ^^ Akhir bulan nak holiday 4th anniversary ke Melaka pulak. I cannot wait. Bulan 5 ni kita nantikan perkara yg indah-indah saje yer =) InsyaAllah. I always remind myself to keep on positive no matter what the ugly truth are. Just forget the negative things & look forward for a better future. Moga Allah permudah.

Oh yes. Semalam bos serahkan surat kenaikan gaji utk tahun ni bersama back dated increment for the past 3 months of 2013. Alhamdulillah increment kali ni nampak banyak la jugak berganjak basic salary nya. Rezeki adik baby barangkali. Lagipun aku kan dah lama kerja kat sini. 8 tahun maaa. Rasa macam tak percaya aje. Dalam pd dpt bos perempuan yg garang, bertahan jugak aku ni yerp? Itu pon dah bape kali ntah meroyan ckp nak berhenti kerja. Hahaha. Berkat kesabaran & nasihat drp mereka yg rapat, akhirnya dgn bos dah jd mcm kawan aje skrg. Lelebih lagi lepas dia balik dr menunaikan haji akhir tahun lepas. Memang ada jugalah perubahan yg menyejukkan hati aku. Akhirnya kisah nak resign berlalu begitu saja.

The thing is kerja satu company dgn suami ni byk memudahkan kehidupan kami. Dpt pergi & balik kerja sama-sama. Dpt kurangkan belanja petrol & merapatkan hubungan suami isteri. Selalunya dlm kereta ajelah masa utk kami sama-sama berdiskusi perkara yg tak boleh nak diskas kalau Naurah ada sama. Sebelum ni selalu dengar orang kata tak bagus kerja 1 kompeni laki bini tp aku & habi dah nk masuk 4 tahun mengharunginya & alhamdulillah takde isu negatif lansung ttg kerja bersama ni. Lagi pun kami bukannya 1 department. So macam takdelah selalu sgt nmpk muka memasing kat opis. Habi pulak jenis byk buat kerja kat site. Aku memerap dlm opis. Memang takde masalah lansung.

Then orang tanya tak muak ke asyik nampak muka memasing? Muak? Apekah itu? Dah nama suami isteri, of kos masa kawen kite dah tawu akan hadap muka memasing kalau boleh sampai akhir hayat. So takde istilah bosan, muak, menyampah bila tgk muka memasing. Timbul rasa kasih sayang lagi ade. Hehehe. Kalau nampak dr jauh siap lambai tangan. Dia punya eksaited la kan. Hahaha. Ko hado? =P And then rasa special aje sbb kami satu-satunya psngn suami isteri kat opis ni hah. Kdg orang yg baru masuk kerja kompius pulak nampak ade pekerja laki ppn pegang tangan balik kerja naik 1 kereta. Wakakaka. Tak hagak-hagak detim kat opis tanpa segan silu kihkohkihhh. Dah habis waktu kerja maaa....kenalah jd suami isteri balik ye dop?

Haa..lagi satu the best part kerja 1 kompeni ialah memasing tak boleh nak tipu kalau dpt bonus or back dated increment. Hahahaha. Bila masyuk, dua-dua pun masyuk. Jadi perasaan happy adalah berganda yer. Sokmo la kena usik kami ni kalau tiba time bonus & backdated increment. Dah lali. Hehehe. Of kos ada jugak yg tak best bila 1 kompeni tp malas nk cerita. Mostly ttg employer benefits jelah. Semuanya kena kongsi jd 1 drp 2. Menyampah ai huhuhu.

Biasalah....dalam hidup mana boleh dapat semua yg kita mahukan ye tak? ^^


# pssst...hari ni mak jemah pakai jubah & sandal baru. sandal jenama Scholl u ollss. kopak RM158 utk sepasang sandal yg selesa utk mak yong yang semakin memberat @_@









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat