Ibu Makan Apa???

Dah lewat petang baru nak update kat awak blog ^^ I'm so sorry. Hari ni saya kat opis asyik menangis. Berhelai-helai tisu habis buat lap air mata. Dah lama tak tgk kdrama. Hehehe. I'm watching 'I Miss You' since bos saya bercuti hari ni. Drp pagi dah mengadap. Satu kerja pon tak jalan. Well..bukan senang nk dpt peluang berpoya-poya mcm ni kan? You know what i mean lah.

Ni kejap lagi nak sudahkan bbrp kerja sebelum bercuti panjang sampai hari Rabu nanti. Plan nak tgk tayangan amal Iron Man 3 sudah dibatalkan. Macam takde hati nak pergi tgk padahal sblm ni kemain lagi excited. Kalau ada peluang, nanti-nanti boleh la try tengok. 

Aturcara esok adalah padat. Pagi nak ke hospital for MGTT. Lepas lunch nak gerak ke Rawang for a wedding & after that terus balik ke kampung tercinta, Kota Tinggi. Tak sabar nak jumpa mak & abah kt sana. This is our 2nd time balik kesana for this year. Nak berehat sepuasnya kat sana. Letih mengadap life style kat bandar. Saya sangat rindukan suasana kampung yg permai. Furthermore nak tengok juga kemeriahan bahang PRU 13 kat sana. Adakah semeriah di sini?

Sebelum terlupa nak ucap tahniah pd blogger friend Intan Hezliyana yg sudah pun selamat melahirkan anak ketiganya iaitu seorang puteri selepas 2 orang putera. Baby yg paling ditunggu oleh warga UB sekalian. Hehehe. Take care & selamat berpantang ye kawan! Baby girl adalah sangat sweet okay. Lemah lembut & very adorable. 

Saya sebenarnya adalah sangat nervous utk menyambut kelahiran seorang baby lelaki. I know it will be a very different experience from Naurah. Bagaimanakah rasanya menyayangi seorang anak lelaki? Adakah sama perasaannya spt kita menyayangi anak perempuan? I kept thinking these questions over and over again. Macam seorang ibu yang psiko. Hehehe. Perasaan yg sgt weird. I hope I can be a good mother for him as well. InsyaAllah.

Oh. Last night buat pertama kalinya habi can feel adik baby kicking my belly ^^ Setelah beberapa percubaan yg hampa, akhirnya habi berjaya utk lebih fokus. Hahaha. As usual Naurah pun sibuk lah nak merasa juga tendangan lembut adiknya. Tapi tak berjaya. Kehkehhh. Lepas tak berjaya dia request nak dengar adik baby & tekapkan telinganya on my stomach. Entah apa yg didengarnya pun entahlah =P

Dan ada 1 pertanyaan yg sangat kelakar drp Naurah. She asked me why I ate adik baby? Homaiiii....agagagaga. Dia pelik gaknye camne adik baby boleh duduk dlm perut ibunya. Yang dia boleh fikir ibu telah menelan adik baby dari mulut masuk ke perut. Budak bijak. Hahahaha....kesian awak Naurah. Ibu pun tak tahu nak explain macam mana. Siap dia buat muka nak menangis sbb membayangkan kekejaman ibu memakan seorang baby. Tak sangka dia boleh fikir macam tu. Both of us are speechless ^^

Okaylah. Saya nak sambung buat kerja opis pulak. Masa dah semakin suntuk. Moga jumpa lagi.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat