Jusco Setiawangsa & Pasar Malam Keramat

Bersiaran drp rumah Kak Ya di KL yawww!!!

Tengahari td outing ke Jusco, Setiawangsa. Kemain lagi aku memborong comforter & pillow. Rasa mcm dh lama tak berganti yg baru. So sempena dh dpt bonus, kita berbelanja lah lebih sikit. Kebetulan ada Sale sampai 70%. Pembelian yg berbaloi.

Then tetibe terbeli Anmum Materna perisa vanilla mango. Preggy kali ni suka pulak minum susu. Usually minum susu HL Marigold samada original flavor or strawberry. Td try sample susu Anmum Materna baru & mcm sedap pulak. Hehe. So beli lah sekotak dgn harapan utk diminum kat opis. Kalau kt rmh msti aku culas punye. Haha.

Yg kelakarnya promoter susu Anmum tu tak perasan aku tgh mengandung. Perut kali ni mmg sgt berbeza dgn masa Naurah dulu. Maybe ada kaitan dgn jantina lah. Masa Naurah dulu perut melebar ketepi. Yg ini perut menonjol kedepan. Disbbkan aku mmg lepaskan tudung kebawah takde selempang lansung, makanya perut yg terjojol tu mmg dpt di cover dgn baik sekali.

Bukan nak ckp aku kurus ke ape sbb org x perasan sdg preggy okay. Tak mungkin itu akn berlaku. Kahkahh

Tp td aktif la jugak aku berjalan kesana kesini. Klu rasa sihat mmg sokay je nk jalan lelaju. Lg pulak sopping dgn ahli keluarga. Seronok dia lain sikit. Heheh. Habi x follow sbb tak brp sihat. Get well soon my dear.

Then ptg pulak kami ke pasar malam kt hujung jln sana. Jalan kaki aje sbb dekat. Best sbb panjang psr malamnya. Even kena tempuh hujan, tp tu x menghalang kami semua membeli dgn gigih. Haha. Penat tp seronok. Its part of eksesais la jgk.

Sampai rumah terus mandi & makannnnn. Makan lah, apa lagi???? ^^




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat