Kami Sudah Berhijrah

Hari ni sepatutnya my big boss dah masuk kerja. Unfortunately (ehh...mcm x percaya guna perkataan ni hihi) her flight to Malaysia was delayed & I think she need more rest. Aku rasa ini macam kali pertama my bos apply emergency leave sejak dia bekerja kat sini. Hebat tak dia? Then you guys know la how dedicated she was to her work. Ini juga yg membuatkan staff dia semua stress. Hahaha.

So another work day for us to enjoy. Esok bersiap siaga lah yer.

The only thing that interesting for me to share here is about penghijrahan kami sekeluarga  drp syarikat insurans konvensional kepada Islamik. Alhamdulillah semua borang dah siap sign. Cuma tunggu beberapa perkara utk kami clarify dgn agen insurans yg baru. Semalam kami berbincang selama 2 jam ni McD, Nilai utk perkara ini. Ianya bukan satu perkara yg mudah. Banyak aspek yg perlu di ambil kira.

Sejujurnya memang banyak RM yang kami akan rugi abp bertukar insurans ni. Prudential sememangnya memberikan coverage & pulangan pelaburan yang lebih hebat drp Prudential BSN Takaful. Ianya memang tidak boleh dinafikan. Itulah cabarannya buat kami. Tapi bila hati dah tekad, ianya menjadi lebih mudah. Now dah boleh lupakan tentang rasa bersalah memilih konvensional berbanding Islamik. Tutup buku. Titik.

Adakah hati skrg berasa lebih tenang? Tentu sekali. Ianya satu perasaan yg tidak boleh ditukar ganti. Aku yakin Allah akan sentiasa menjaga kami di sini. Pengorbanan & penghijrahan ini takkan sia-sia. InsyaAllah.

This time kami ambil coverage sekali utk adik baby dalm perut ni. Masa Naurah dulu kami buat after she was born. Yang ini kita buat terus elok adik baby nak masuk usia 5 bulan dlm perut. If insurans Naurah habi yg bayar, adik baby ni turn aku la pulak yg tanggung. Total premium monthly skrg dah jadi RM260. Habi punya RM270. Total perlindungan peribadi insurans kami RM530 per month. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki utk kami sekeluarga. Amin.

 Komitmen kewangan sudah semakin bertambah. Makin susah la nampaknya nak berhenti kerja jd suri rumah gini. Hahaha ^^




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat