Kesinambungan Karnival Cyberjaya 2013

Eyhh...hari ni dah sampai cheque drp Nuffnang lah ^^ First time ni cash out duit berblogging setelah bertahun-tahun mengisi masa lapang dengan menaip di sini. Even tak banyak mana, siapa nak bagi duit saja-saja gitu kan? Dapatlah buat beli dress Naurah 2-3 pasang. Terima kasih Allah =) Now tengah mengeringkan cheque pasal pagi tadi hujan & air tempias masuk dlm post box hewheww....

Terasa sunyi opis di pagi Jumaat yg mulia ni. Ramai yang dah naik bas ke tapak Karnival Cyberjaya 2013 bersebelahan dgn bangunan MPSp sana. Jabatan aku ni tinggal 3 ketoi je yg diberi pengecualian. Kemain sibuk lagi memasing nak menyambut kehadiran PM kite. Sampai Tan Sri & COO yg sepatutnya sedang bercuti pun kena datang attend the ceremony.

Dalam kereta td sempat menyembang dgn habi pasal adanya konsert dlm majlis perasmian pecah tanah Masjid Cyberjaya neh. Aku ingat aku sorang je yg rasa tak proper diadakan konsert dlm majlis yg berkaitan dgn agama neh. Rupanya ada juga yang sependapat. Kan ke lebih baik kalau lepas rancangan Al Kuliyyah petang nanti, malamnya pulak disambung dgn ceramah drp ustaz-ustaz tersohor tanah air macam Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal or Prof. Muhaya. Baru lah nampak kena ye dop?

Nak tarik orang ramai datang tak semestinya dgn mengumpan artis aje. Skrg orang Islam dah tawu menghargai para ilmuwan agama & ceramah mereka spt yg tersebut di atas ni sememangnya mendapat sambutan yg luar biasa kemana pun mereka pergi.

Entah lah. Seb baik la event ni bukan company kami yg handle. Hehehe. Kalau tak terpalit juga sikit rasa malu dlm diriku ini =P

Skrg ni parlimen dah bubar, pilihanraya pon dah makin dekat. Orang akan ambil peluang aje nak kondem mana-mana pemimpin parti yang tersilap langkah. Pantang silap sikit, habis dicanang satu negara. Semua benda pun nak dikaitkan dengan politik. Tak pasal-pasal aje orang yg merasmikan majlis pecah tanah tu terpalit lumpur sama.

Semalam aku dpt emel drp sorang staf di dept. lain yg terang-terangan mempertikai ttg adanya konsert & tarian Gangnam Style yg ditulis dlm itinerary majlis. Di akhir emelnya menulis " BERTUKAR. KUASA DI TANGAN ANDA"

Fikir-fikirkanlah & selamat beramal ^^




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat