Masa Pun Boleh Cemburu

Fobianya....fobianya nak makan atau minum. Takut salah masuk sudahnya 1 hari badan rasa tak best. Makan salah, tak makan salah. Pening dibuatnya. Dah 2 hari badan tak fit. Sedih dibuatnya. Harap sgt hari ni okay dpt menempuhi waktu seharian di opis.

Semalam ada yg suruh aku ambil mc lama-lama utk berehat. Boleh aje kalau aku nak. Tapi tak suka bila membayangkan bos soksek kt belakang menyatakan ketidaksenangan hatinya bila ada staf yg mc lama-lama. Jadi selagi boleh dielakkan, aku elakkan la drp amek mc. Bila dah tak larat sangat barulah aku akan mc.

I am at my 23rd weeks now. Another 14 weeks sebelum genap full term 37 weeks. Masa Naurah dulu on my 38 weeks dah kena serah diri utk di induced due to high blood pressure. So rasanya kali ni pun macam tu jugaklah. Takkan ada istilah overdue punya. Hehehe.

Ini pun kadang otak fikir dapat ke sampai ke 37 weeks yer? Risau juga dibuatnya. Salah satu kemungkinan bila ada high bp ialah baby akan lahir pra-matang. Bermakna before 37 weeks dah ada gesaan utk bersalin. Aku juga kemungkinan akan kena eclampsia. Sawan yg boleh merosakkan saraf otak & sebagainya.

Terlalu banyak masalah yg mungkin akan menyusul lepas ni. Aku sedar semuanya. Thats y perkataan mati tu tak pernah aku tak fikirkan dalam sehari. Tapi kita sebagai orang Islam jgn terlalu memikirkan kemungkinan yg belum tentu lagi akan terjadi atau tak. Lagipun tak elok utk baby dlm kandungan. Apa yg aku boleh buat cuma berdoa & bertawakkal mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya utk aku & adik baby.

Adik baby, maafkan ibu sebab terpaksa melibatkan awak dalam soal hidup & mati. I promise to be healthier once we get through this together. Lets be strong together okay! =)

Nak balik Johor ke tak minggu ni yer? Am thinking of applying leaves on 29 & 30 bersambung ke Labour Day sebab next month dh masuk 6 bulan. Makin tak larat kot nak travel jauh. So kalau jadi balik maybe yang terakhir sebelum aku bersalin. It just that on Saturday morning kena buat MGTT test first & then kena ke Rawang sbb ada wedding officemate habi. Then nak patah balik Johor semula. Arghhh...larat kah???

Tapi kalau tak balik minggu ni bila lagi? Minggu depan ada check up on Friday & Sunday habi nak mengundi pulak. June takde cuti am lansung. July pulak mak abah Kak Ya dah nak ke Tanah Haram. Aku pon dah nak bersalin akhir bulan or awal bulan Ogos. Masa terlalu mencemburui.....




 



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat