Mee Udang Yang Terlampau

For those yang tinggal area BBST, ST & Nilai mesti tawu tempat makan femes ni. Aku ingat lagi a few years back medan selera MMA Santai Corner ni hidup segan mati tak mau aje. Suka kesana sbb ada pakcik jual nasi ayam yg sambalnya sedap. Then ada gulai kawah yang boleh tahan rasanya. Other than that memang kelaot kedai makan yg ada. Plus tak banyak kedai pun sebenarnya. Orang pon so-so aje. Itu cerita a few years back lah.

Cer tengok skrg. Happening betul okayyyyy. Burger Bakar Abg Burn pon dah ade kat situ. Penggemar sate, dimsum, asam pedas, western, sup you name it. Semuanya ada. So skrg nak cari parking pon payah. Siap kena pusing 2-3 kali tawaf medan selera baru jumpa. Dah jumpa parking kekadang tak jumpa tempat duduk yg kosong pulak. Sudahnya kite tapau ajelah yerp. Yang penting perut kenyang hati sonang.

Masa awal pregnancy dulu aku pernah try mee ketam yg dijual kat sana. Not bad. Boleh diterima tekak. So a feeks ago aku nak try la pulak mee udang dia. Memang bajet okay la sbb tgk byk jugak org order kt kedai tu. At least not bad mcm mee ketam yg dulu la kan. So aku order mee udang size L. Kemaruk sungguh nak ratah udang besar. Tp yg datangnya udang takdelah besor mana pun. Hahaha. Mak jemah tertipu. Sokay la tu asalkan bersusun 10 ekor udang dlm mangkuk. Kemain excited lg aku nengok presentation dia.

Masa suapan pertama pun bermula. Hurkkk??? Ini gula tumpah 1 lori ke ape dlm mangkuk ni? Aku ni takdelah tak kuat manis sgt. Tapi ini macam dah tahap terlampau sungguh. Sampai tak boleh nak telan dibuatnya. So aku pon suruh habi rasa sesudu. Habi pon mcm hurkkkk???? Manis gila katanya. Huhuhu. Lidah mak yong tak salah. Memang manis tahap gaban kuah mee udang tu. Aku pon soh habi panggil budak yg ngantor mee tadi. Budak pompuan tp gaya tomboy. Ahh gasak lah. Aku tetap nk komplen jugak. Rugi la kalau lansung tak boleh nak makan kan?

Bila aku ckp manis gila budak tu kata itu manis ubi keledek kak. Hangguk ko! Hahahaha. Ingat aku baru hidup 5 tahun ape kt dunia ni? Agak-agak la kan. Lagi pun mana pulak dpt keledek dlm mee udang? -.-" Aku pun balas la balik ckp ini bukan manis keledek dik. Ini manis gula. So budak tu pon bwk g jumpe tukang masak & tak lama pastu dia kata tukang masak kata OK je. Tak manis! Memang kuat manis rupanya tukang masak tu. Hehehe.

Aku pon bukanlah kejam mana nak mintak pulangkan duit. So aku ckp la kt budak tu suruh buang sikit kuah mee udang tu & tambah air panas. So budak tu pn ckp dgn tukang masak & aku rasa balik dah boleh la diterima tekak. Tp tetap aku cuma makan mee & ratah udangnya saja. Kuah mmg tak kuasa la nk hirup. Cam terasa-rasa lg kat tekak dia punye manis tu. Blerghhhh. Air yg aku minum pn kalah manisnya.

Aku ni bukanlah cerewet sgt pon bab makan. Tp klu dh mmg tak boleh terima tekak mmg aku terpaksa la jugak buat drama swasta. Kita bayar for the foods bukannya makan free kan? Peniaga patut tahu apa yg tak kena dgn masakan dia & jgn nak syok sendiri aje. Aku hrp tukang masak ambil pengajaran & kurangkan la gula dalam masakan utk kebaikan bersama. Itu saja. Takut sungguh aku masa tu hidap diabetes terus time preggy ni. Hewheww

Satu lg kelemahan MMA Santai Corner ni dia punya air minuman tak bape nak best sgt. Air panas ok la tp klu air buah, barli or milo ais memang OUT. Teh panas je yg best sbb mmg kurang manis. Itu jelah air yg aku sllu order klu kesana.




Popular Posts