Mendung Pasti Akan Berarak Pergi

Okay. Baru je habis meeting. Siryes rasa tak larat sangat sebenarnya hari ni. Kes semalam kena lagi penyakit kencing tak lawas. Dah 2 kali kena sejak preggy ni. Sakit gila T__T Syukur by malam dah okay lepas minum air masam yg doc bagi. Terus jerang air buat air barley. Rini bawak la 1 tong air barley ke opis. Okay ini memang exaggerate -.-" Sebotol aje.

By right doc bagi mc utk hari ni. Tp sbb ade meeting aku gagahkan juga. Itu pn sbb dah tak menyakitkan sgt bila nak pee2 tu. Antibiotik mmg doc ade bekalkan. Tp aku hold dulu & try the natural way. Risau sgt byk penyakit ni nk telan pelbagai ubat kimia. Selagi aku boleh hold, mmg aku hold aje. Sampai dah rasa tak larat sangat baru consume. At the moment cuma mkn pil darah tinggi yg mmg dh x boleh dielakkan lagi & Shaklee supplements. Ubat flu, batuk & kencing tak lawas ni aku hold. Kesian kat adik baby.

Takde ape yg menarik pun utk di update selain drp kesihatan aku masa preggy ni. Memang sangat mencabar mental & fizikal. Untungnya ada orang yang takde problem masa mengandung. 9 bulan bukan masa yg sekejap dgn kesihatan yg on off mcm ni. Memang aku jeles sgt tgk org preggy yg happy & enjoyed their pregnancy all the way. Kalau boleh aku pun nak seronok je masa preggy ni. Tp Allah memang uji aku sehabisnya pd waktu macam ni. Aku redha. Maybe Allah akan bagi kesenangan bab dapat anak yg behave pulak nanti mcm Naurah. Hehehe. Ok. Bab tu memang best kalau anak yg 2nd ni pon ikut jejak langkah kakaknya. We'll see how it goes =)

Ujian Allah ni kita boleh ambil drp sudut negatif atau positif. Terpulang lah pd diri kita. Tipu lah kalau aku kata aku tak pernah mengeluh & rasa down dgn pelbagai ujian drp Dia. Aku cuma manusia yg lemah & ada keterbatasan. Tp bila aku pandang muka habi & Naurah, aku kuatkan semangat utk terus tabah. Kalau aku tersungkur, diorang macam mana??? Nak taknak aku tetap kena bangkit & cuba utk tak terlalu memikirkan segala masalah yg datang. Aku lalui hari demi hari dgn harapan ianya akan jd lebih baik drp semalam.

Sedar tak sedar here I am at my 21st weeks of pregnancy. Dah separuh jalan pun. And I am so grateful to be here today. The past is the past. Lets not look behind & teruskan memandang ke hadapan. Segala yg pahit, sedih tu semua dah berlalu. Usah dikenang. Kita nantikan matahari aje drp Allah.

Semakin kuat kita diuji, semakin dekat kita dengan kebahagiaan. I always remind myself with this sentence. InsyaAllah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat