Percubaan Utk Kembali Bersosial

Akhirnya selamat dah booked hotel utk sambutan 4th anniversary kami next month. InsyaAllah sihat lah harapnya masa tu nanti. Kalau tak sihat pun boleh gagah jugak kot pasal dekat je tempatnya. Negeri yg aku bagitau hari tu lah. Melaka. Hehehe. Pemilihan hotel kali ni mengambil kira utk keseronokan Naurah jugak. Manelah tawu aku tak larat nak jalan kemana, at least kat bawah sane ade macam water park utk budak-budak main. Habi sorang pon boleh teman dia bersuka ria.

For the second time booked hotel through Agoda. Last year kami booked Hotel Sentral, Kuantan dari sana. Mudah & takde masalah. Confirmation pun cepat betul Agoda people ni emelkan after bayaran. Overall memang puas hati lah guna perkhidmatan deme. Lain kali boleh guna lagi.

And then tetibe mak yong ni teringin nak tengok movie kat cinema. Last movie kami tengok pun aku dah tak ingat cerita apa. Rasanya utk tahun ni baru pertama kali kot nak ke cinema. Maklum ler awal tahun ritu kan mabuk kepayang & tahap kemalasan melampau telah berlaku. So memang bab outing ni tersangatlah limited. Ini pun aku doa-doa esok sihat walafiat sampai ke malam. Klu tak sihat mmg kena heret diri pergi jugak sebab dah bayar tiket. Huhuhu. Klu tak mampu heret, boleh mintak tolong habi sorongkan guna troli jer. Kahkahhkahh...

So movie yg aku pilih td ialah Oblivion. Sebab itu aje kot cerita yg rasa mcm berbaloi ditonton di cinema. Lagi pulak hero kegemaran mak iaitu si Tom Cruise yg berlakon. Lagi lah mak suka u olls. Hihi. Menggedik pulak tetibe. Sekeh kepala nakkk??? Entah best ntah tak ceritanya. Genre science fiction je pun. Gasak ahh.

As usual Naurah kenalah export lepak kat rumah in law. MIL akan pick up Naurah from taska & terus bawa balik Semenyih. Kami pulak after kerja terus je ke Alamanda. Amek show after Maghrib so boleh cepat balik. Naurah sejak dh besar ni taknak tidur dgn MIL lagi dah. Dia tetap nak tido atas lengan omaknya ni hah sambil tangan mengulit sesuatu. Sesuatu????? Kihkihkihhhh.....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat