Terlalu Banyak Komplikasi

Pergi check up di Annur kali ni dengan harapan dapat pujian drp doctor that everything is under control. Aku pun cuma nak update kat dia tentang UTI yang dah kena 2 kali sejak tau diri ini pregnant. Itu ajelah just for the record. Takut jadi apa-apa kang kena marah pulak nanti apesal tak update kat doctor kan?

Too bad rupanya Dr. Fatimah bercuti. So ganti dengan doc lain yang aku pon tak tahu siapa namanya. Hehe. But she was quite nice & agak teliti jugalah menanya macam-macam. Yelah. Mak kan bermacam komplikasi pregnancy kali ni. Of kos la banyak soal jawabnya dengan doctor.

Bile doc tu tgh chart bp yg aku isi spt yang diarahkan oleh Dr. F, dia ckp pulse rate aku terlalu tinggi. Memanglah bp terkawal tp pulse rate tinggi sangat pon tak boleh jugak katanya. So dia suggest tukar ubat lagi. Haihh...ini adalah kali ketiga yer aku kena tukar ubat darah tinggi. Baru aje nak serasi dgn Adalat. Tetibe dah kena tukar ubat lain lagi T__T Aku hrp ubat baru tak bagi kesan yang teruk sangat lah. Haihh..dah bermacam-mcam ubat dh kena telan skrg ni. Risau tp ape boleh buat? Kang memandai tak makan ubat jadik apa-apa sendiri jugak yg susah. Pening dibuatnya.

Then aku update ttg UTI problem. Sudahnya kena amek urine & dpt result mmg kotor. So kena makan antibiotik jugak. Tambah lagi satu ubat. And td doc tu syak aku ade tiroid pulak. Pulak dahhh. Dia check leher semua sokay je. Cuma aku failed bab angkat tangan & lentikkan jari tuh. Memang tremble. Bergetar. Tak stable. So doc suruh nurse ambil darah utk buat ujian tiroid. Hopefully takde apa-apa lah. Amin.

Sebab kena UTI tu jugaklah doctor suruh buat MGGT test. Nak check ada diabetes atau tak. So next week kenalah serah diri kat hospital pepagi bute. Kalau dulu kena buat MGGT sebab berat badan yg naik mendadak. Kali ni sebab kencing kotor pulak. Pasrah ajelah.

Doc saja scan nak tengok heart beat adik baby. Alhamdulillah baby sihat-sihat aje. Everything looks normal katanya. Check up akan datang ialah in 2 weeks time. Terasa banyak sangat check up pregnancy kali ni. Maybe sbb keadaan kesihatan aku jugak kot. Memang perlu pemantauan yg lebih kerap. Takpelah. Utk keselamatan adik baby, kita dengar ajelah ckp doctor. Doakan keselamatan kami yer kawan-kawan. Terima kasih.

 Tiap kali pergi check up mesti ramai office mates yang bertanya perkembangan aku & baby. Terharu betul dibuatnya. Ramai yang concerned ttg aku rupanya. Aku yg bukan siapa-siapa ni. I'm touched.

 # dapat tiket free tayangan amal Bomba Cyberjaya tgk Iron Man 3 hari Jumaat depan kat Alamanda. Rezeki betul. Jimat duit aku. Hehehe ^^





 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat