Terrible 3

Kalau parents lain maybe berhadapan dgn fasa Terrible Two, aku pulak berhadapan dgn fasa Terrible Three. Naurah sejak-sejak masuk 3 tahun ni, akalnya makin panjang. Kreatif pun iyer. Malangnya dlm perkara yg boleh menimbulkan amarah pd kite sampai boleh bertukar menjadi raksasa gorgon.

Aku jenis ibu yg bukan banyak cakap. Aku tak suka cakap banyak-banyak kali. Sbb kalau kena ckp banyak kali tapi orang yg kita cakap tu tak buat apa yg kita suruh, aku akan jadi seorang yg pemarah. Utk mengelakkan jd orang yg pemarah, kita ckp sekali dua aje sudah. Nak ikut, ikut. Taknak, sudah. Hasilnya kalau Naurah buat onar, rumah mmg mcm tongkang pecah. Pasrah ajelah.

Tapi lately kesabaran makin teruji. Dah lah tak mendengar kata. Pastu dah pandai menjawab. Tapi aku tetap tak suka nak marah. Ohh..maybe jugak sebab selalu mengingati diri yg sedang mengandung. Orang kata kena lebih banyak bersabar. So itulah yg aku buat. Tapi bila Sabtu lepas dia pergi rendam pil Omega Guard & Ostematrix aku dalam segelas air yg dah dicampurkan bedak, aku tumpas juga akhirnya.

Sedepek aku pok kaki bawak lutut dia sbg pengajaran. Hati memang rasa pedih tak terperi. Lepas kena pok, dia membawa diri keluar drp bilik. Cari orang yang tengah tak marah dgn dia. Meninggalkan aku dgn lelehan air mata di pipi. Itulah aku. Kalau dah terlalu marah, air mata mesti tumpah. Aku tak suka nak tinggi suara marah-marah. Aku pilih menangis drp buat semua tu. Memujuk hati sendiri.

Sabtu tu jugak dia tabur sabun serbuk MIL depan TV. Menangis beriya bila kena marah dgn habi. Then after that dia buat onar kat supplement aku pulak T___T

Aku melihat dimanakah silapnya aku & habi. Ye, memang kami ada silapnya. Naurah sblm ni anak yg sangat behave. Dia mmg jarang buat onar. So kami memang tak ambil precaution apa-apa. Semua barang-barang kat rumah mmg dia boleh capai. Takde nak letak tinggi ke ape. So spttnya bila dah tawu Naurah tgh mengganas dlm membuat onar, kitorang kena letak barang-barang kat tempat yg dia tak dapat capai. Simpan seeloknya. Jangan bagi dia peluang membuat onar.

Ahh..memang salah kami juga. Kami yg bagi dia peluang utk membuat onar. Kalau dia takde peluang, onar takkan terjadi bukan? Budak-budak mane boleh beza mana betul & mana salah lagi. Yang dia tawu cuma nak cari keseronokkan. Pull stop.

Siang semalam dia tido lama. 2 jam lebih. So malam td mata dia cerah. Kami dah tido, dia sorang-sorang main bedak 3 botol besar tuang atas tilam katil bujang. Bangun pagi-pagi terbuntang mata kami laki bini tengok onar yg telah dibuat. The damage has been done. Nak marah pun tak guna. Salahkan ajelah diri sendiri. Sape soh letak kt tempat yg dia boleh capai? T____T

Dia budak yg bijak. Kami perlu jadi lebih bijak drp dia. Wajib!!!





Popular Posts