The Movements. Subhanallah

I'm not well today. Tapi tetap sajalah kita kerja macam biasa yer. Jangan difikirkan sangat tentang tak sihat ni. Dah jadi perkara normal yg berlaku pd aku bila tengah preggy ni. Kuatkan semangat & harungi sajalah hari-hari yg mendatang dengan minda yg positif =)

Semakin banyak hari berlalu, semakin dekat aku dengan matahari. Memang menghitung hari sajalah aku buat masa ni. Syukurlah skrg pun dah pertengahan bulan 4. Habis bulan 5 pulak, lagi 3 bulan aje lagi. Mengira minggu & bulan ni ajelah yg buat aku rasa lebih bersemangat utk meneruskan kehidupan. Apa yg berlalu dalam tempoh tu malas nak fikir. Haha.

Minggu lepas aku dah mula rasakan pergerakan adik baby dalam perut. Subhanallah. Ianya satu perasaan yang sangat mengujakan. Tak terasa seperti mengandung buat kali kedua. Perasaan terharu & seronok mengatasi segalanya. Sumpah aku memang sangat rindu utk merasakan pengalaman ini. Sukar nak gambarkan dengan kata-kata. At the moment cuma rasa like adik baby mengeliang geliut like a worm gitu. Cuma pergerakan halus yang sangat comel. Tunggu sikit masa lagi, habis bonjol sana sini perut aku kena siku or ditendangnya. Haha. I cannot wait until that moment.

Kegelisahan tentang perkembangan adik baby sedikit sebanyak terurai. Sebelum ni asyik kena tunggu scanning session utk tahu that he's okay inside there. Selain drp tu memang clueless. Cuma doa & tawakkal pd Allah sajalah berharap agar dia sentiasa sihat &  terus membesar. So bila dah rasa movements ni memang lega jugalah. Adik baby juga sometimes respond with my voice. So cute ^^ I am all excited.

Sememangnya pengalaman mengandung merupakan pengalaman yg bitter sweet buat aku. Ianya satu perjalanan yg penuh dengan keajaiban. I always think of kebesaran Allah bila mengandung ni. Aku bersyukur Allah kurniakan rezeki menjadi seorang ibu buat kali keduanya. Rezeki ini datangnya hanya drp Dia. Tiada yang selain-Nya. Terima kasih Allah.

Biarlah byk mana pun dugaan yang aku lalui, akhirnya aku tetap akan merasakan semuanya berbaloi. Demi sorang khalifah Allah di muka bumiNya ini, aku redha.

Mungkin ada orang yg pandang serong pd aku sebab selalu tulis susah sana, susah sini bila mengandung. But they've got it all wrong. Ianya cuma sekadar luahan perasaan. Aku tak boleh nak disturb habi all the time tentang kepayahan yg aku lalui. Dia pun ada batasannya. By writing it here, I feel better. Aku tak suka nak simpan & pendam sorang-sorang sebab takut aku akan broke down gila-gila bila dah tertahan. Aku lebih suka meluahkan dgn cara menulis. It helps me a lot.

At the same time, aku tak pernah menolak kehadiran adik baby. Aku sentiasa happy dia ada bersama aku. Aku tak pernah menafikan kehadiran dia when peoples asked me if I'm pregnant. Aku tahu ada orang tak suka nak war-warkan yg dirinya sedang mengandung for whatever reason. Sejujurnya aku tak setuju dgn cara tu. Ianya spt menafikan rezeki yg Allah dah berikan pd kita. Juga spt menafikan kewujudan satu kehidupan dlm diri kita. Entahlah. Walau apa pun alasan yg diberikan utk merahsiakannya, aku tetap rasa ianya tidak proper. Wallahualam.

Zuriat adalah rezeki drp Allah yang sangat didambakan oleh pasangan suami isteri yg sah. Kehadirannya memang ditunggu-tunggu utk menyerikan kehidupan berumahtangga. Jgn pernah berputus asa berdoa kepada Yang Esa. When the time is right, rezeki tu akan sampai jua. InsyaAllah.







Popular Posts