What Happen To Me???

Ya Allah...entah apa kena pagi td aku terjaga dekat pukul 2am. Lepas pergi toilet baring semula atas tilam tp mata takmo pejam. Otak telah bekerja memikirkan entah apa-apa. Aku memang jenis gitu. Kalau otak dah start berfikir memang payah nak tidur balik. Nak suruh otak jangan berfikir bukannya senang. Otaknya mcm tak mendengar kata. Ade tak orang lain yg ada penyakit mcm aku ni yer?

Lepas sejam gitu mata still takmo pejam, aku amek keputusan utk bangun and buat apa-apa yg mendatangkan manfaat. Akhirnya aku telah melipat baju pd pagi-pagi buta gitu. Ko mampu?Hehe. Berbekalkan sinaran lampu dr toilet, gigih la aku melipat baju yg menimbun tu. Bila dah siap aku try berbaring semula. Guling punya guling tetap tak mau lena. Sempat pulak kejut habi ckp tak boleh tido. Habi tanya kenapa? Aku cakap entah. Then habi sambung tido -.-"

Pastu aku teringat yg aku kena bangun awal utk buat homemade sandwich using Darabif Lamb Patties. Masa tu jam dah 3.45am. Kalau tidur ni sah-sah aku susah nak bangun awal dah. So aku pun turun lah ke bawah & mula membuat projek breakfast utk orang-orang kesayangan. Orang lain tgh syok di buai mimpi, aku pukul 4 pagi tung tang kat dapor buat breakfast. Ko mampu lagi? +  +

Akhirnya pukul 4.45am semuanya siap. Air barli pun aku dah siap-siap masuk dlm botol Eco. OK. Dapur dah bersih, boleh la naik atas semula & try to get some sleep. Kali ni mata macam nak terpejam ajelah. Tapi lenanya memang nan hado. So aku rasa mcm atr tido & tak tido aje. Di awang-awangan. Masa nak masuk Subuh pun aku masih dengar bacaan ayat suci Quran & Azan pun jelas kedengaran. Siryes aku tak paham apa yg berlaku pd diri aku sebenarnya T___T

So ni datang kerja dah mcm zombie kampung pisang. Kepala macam berat aje. Bahana dpt tido dlm 3-4 jam je kot. Tak tawulah camne nak spend the day kat opis dlm keadaan mcm ni. Dah ler lps Maghrib nanti nak masuk cinema. Ada kemungkinan Tom Cruise yg tengok aku bukan aku yg tengok dia -.-"





Popular Posts