7 Bulan

Apasal ramai sangat yg tak puas hati aku tak letak gambar masa g Melaka tu hah? Mesti sbnrnya korang nak tengok badan gajoh aku kan? Hahahaha. Macam la aku baru kenal korang setahun dua khennnnn -.-"

Jangan risau. Ade 1 gambar full body aku habi snap hari tu dgn Naurah. Gambar tu drp depan. Perut mcm tak nampak la. Tp nak tengok kegajahan tu memang takde masalah @__@ Esok lusa aku up la gambo yg ada dlm kamera tu. Tak banyak pun pasal snap masa first day aje yg beriya. 2nd & 3rd day takde lansung kecuali yg Naurah snap ntah hape-hape aje. Selebihnya gambar habi snap using his henfon.

Memang penyakit tak suka bergambar & mengambil gambar sms preggy tak berubah lansung drp time preggy ke Naurah lagi. Maybe menyampah tengok bentuk badan sendiri kot. Mati terus mood nak senyum posing dan sebagainya. Kesian. Berazam nak kurus mcm Kak Nani & Ciare lps bersalin nanti. Boleh tercapai tak eyh? Hurm....

By the way hari ni genap dah 28 weeks = 7 bulan. I is suka. Hehehe.

Cepat lah masa berlalu. Pelisssssss. 2 months to go. Adik baby bertahan yer! Risau gak aku sbnrnya ni. Sebabnya aku kan ada darah tinggi. Semakin membesar adik baby, risiko pelbagai komplikasi semakin tinggi. Takut je bila check up nanti doc sampaikan berita yang membimbangkan. Alahai.....harapnya semuanya OK ajelah yerp. Ubat drh tinggi tak miss aku makan saban hari. Semuanya sbb memikirkan adik baby sbb sbnrnya aku ni bkn la rajin sgt makan ubat. Selalu je kena marah dgn habi hihi.

Dah 7 bulan ni penyakit awal preggy dulu mcm datang semula. Badan dah start sakit-sakit semula. Sakit pinggang & mengah. Kaki tak bengkak lagi. Masa Naurah dulu pun tak bengkak. Harapnya tak bengkak lah sampai ke sudah. Muntah kuning saban pagi masih berterusan. Rasanya mmg sampai bersalin la penyakit yg ini. Hehehe. Dah lama pasrah dah.

Dan sebenarnya aku adalah sangat cuak nak mengharungi bukan Ramadhan yg akan datang tak lama lagi. Larat ke aku puasa eyh dah sarat tu nanti? Aku tak bimbangkan baby sgt sbb aku yakin amal ibadat yg datangnya drp perintah Allah takkan memudharatkan umatnya. Tp aku yg aku risaukan ialah daya tahan diri aku sendiri. Nak fikir banyak pun tak guna. So aku buat-buat tak ingat aje ttg puasa ni. Tempuh ajelah bila dah tiba waktunya nanti. Doa Allah bg kekuatan.

Perut makin besar ni memang takde berjalan jauh dah la kami. Tak larat nak travel duduk lama-lama dlm kereta. Pinggang cepat sakit, kaki pun mudah krem. In fact weekend ni adik ipar daftar masuk Uitm Balik Pulau & ada kenduri kahwin saudara pun kemungkinan besar kami tak dpt join. Selain drp baru je pergi holiday Melaka, sebab kedua adalah mak yong tak larat nk travel jauh. Rasa bersalah jugak sbnrnya pd keluarga mertua & habi. Tapi aku cuma berkata jujur aje dgn keadaan aku skrg. Harapnya semua orang boleh faham & tak speku yang bukan-bukan.

Jumaat ni habi ajak balik ke Semenyih la. Jumpa dulu adiknya tu & wish him all the best in his studies. Deme bertolak keesokkan harinya. Moga semua selamat pergi & balik. Dipermudahkan perjalanan hendaknya.

Weekend ni masa utk berehat-rehat aje kot. Baru lepas bercuti panjang pun masih exhausted T__T Maybe its a never ending story for us.....















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat