Belum Rezeki Kami

Mati kutu pulak nak tulis ape hari ni. Sebenarnya aku tengah berfikir nak beli henpon baru nie. Hehehehe. Dalam pd sebok nak berjimat nk nyambut orang baru, boleh pulak nak tukar henpon khenn. Well...bukan suka suka je nak tukar. Ace tu dah lembab sangat la. Sampai terpaksa aku delete a few applications yg sayang nak delete tp since jarang guna, have to jugaklah. Salah satunya ialah instagram @_@

Orang dok happening update using insta, aku delete pulak. Haha. Tak pandai sangat gunanya. Tu yg jarang sesangat masok. So ada baiknya aku delete je drp delete Keek yg banyak video Naurah menari tu =P

Mmg salah satu kelemahan Ace ni adalah processor dia yg lembab. Dah beli baru nak stadi. Gitulah jadinya T_T Tetibe skrg nk tukar henpon pulak. Ace ni nak bagi sape pon tak tawu. Semua adik bradik dh ada henpon yg lebih canggih drp Ace. Tak hingin nya diorang. Hahaha...

Am thinking of Samsung Grand. Kemainnnn...hakhakk. Tengok la ape kata habi nanti. Apa-apa kena dpt persetujuan drp dia dulu walaupun nak membelinya guna duit aku. Sepakat membawa berkat yawww!

Esok ada check up kat Annur. Aku amek sesi petang sbb tak larat ah datang pagi ramai sangat orang. Nak tunggu turn sampai pon lama. Selalu tgk petang mcm kurang orang. Lebih selesa. Tunggu lama pun tak kisah sgt kot. Kite tengok lah esok mcm mana. Nerbes sbnrnya takut doc sampaikan berita yg tak enak di dengar oleh telinga. Mostly risau ttg kesihatan adik baby dlm sana. Kita memang la rasa mcm okay aje. Tp dalam sana entah air ketuban kurang ke, baby tak ikut berat yg sepatutnya ker, we never know isnt it?

Semakin kandungan membesar, risiko yg dihadapi kami adalah semakin tinggi. Pelbagai komplikasi boleh tercetus whether we like it or not. Ahhh....siryes nerbes! Doakan yg terbaik utk kami yer. Target aku cuma utk sampai ke 37 weeks which is full term. 9 weeks to go. Ya Allah, moga Kau permudahkan lah.

Btw cerita terbaru adalah ttg usaha nak tukar drp insurans konvensional kpd Islamik adalah tidak berjaya. I am sad. Nak buat benda baik mmg byk halangan ork? Even kami dah bersedia utk rugi banyak duit di dunia bile membuat pertukaran ni. akhirnya nasib tidak menyebelahi kami. Mostly yg bermasalah adalah polisi utk aku & Naurah sbb we both pernah admitted hospital. Even atas penyakit yg remeh like aku due to pregnancy & Naurah just a mild bronchitis, tp dh merumitkan byk benda.

Pending for a few months dah benda ni & akhirnya kami terpaksa beralah sajelah. Agen kami pun nasihat better we stick to Pru ajelah. Lebih menyenangkan katanya. So habi decided cancel jugak polisi baru dia & biar semua stick to Pru. Habis cerita. Buat masa ni biarlah dulu insurans tu. Next year kot fikir balik. Ada byk benda nak kena fikir utk tahun ni.

Belum rezeki kami.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat