Inilah Waktu Kecemasan

Hari ni my bos cuti. Aku pulak half day petang for pregnancy check up. Rasa macam heaven je at the moment ^^ Baru lepas makan nasi lemak ayam sambal & teguk teh o panas. Lepas makan, terus telan ubat darah tinggi. Am hoping tekanan darah petang ni OK. Selalu sangat terjadi kalau kat opis or rumah kita amek reading sokay aje. Tp bile duduk depan nurse, dah tenang-tenangkan diri, still reading masih tinggi. Tak paham betol. Padahal tak stress ape pon.

Usually aku akan request the nurse amek reading for 2nd time. Tak pun sampai 3rd time. Kebiasaannya memang OK la sikit reading nya. Takdelah setinggi yang pertama. Lega la sikit sebelum masuk bilik menghadap doctor yang tegas ittuw =P

Doktor Fatimah ni memang tegas orangnya. Dia sangat concern kalau patient dia ada banyak komplikasi seperti aku. Hehehe. Yelah...dah beribu pesakit kot dia attend & dia ada a few experience yang tak best sepanjang kareer dia. Kalau boleh dia taknak la benda yg tak best berulang. Thats y check up aku boleh kata sebulan 2 kali sejak start check up kat Annur ni. Tu pasal jugaklah medical claim aku susut dgn sangat cepat & dah habis dah pun. Pasrah ajelah. Semuanya utk keselamatan aku & adik baby. InsyaAllah.

Even dia tegas, aku suka dengan cara dia. Masih teringat lagi macam mana dia sambut kelahiran Naurah dulu. Penuh dengan ketenangan & perkataan yang memuji kebesaran Allah tak lekang drp bibirnya. Ayat suci al Quran juga tak pernah hilang drp corong suara di atas siling labour room. Suasana di dalam LR adalah sangat menenangkan aku. Sepanjang masa kita teringat akan kebergantungan diri kita pd Allah SWT. It was a very nice experience.

Inilah atr salah satu sebab kenapa aku & habi sanggup bersusah payah mengumpul duit utk sekali lagi bersalin dengan Dr. Fatimah di Annur. Semua orang pun tahu bersalin kat mana-mana pun tetap akan rasa sakit. Tapi tetap ada bezanya diantara private & gov. hospital. Terutamanya drp segi servis. Servis yang bagus pd aku adalah sangat banyak membantu terutamanya drp segi emosi. Sakit itu tetap sakit, tapi bila kita dilayan dengan penuh kehormatan & lemah lembut, sakit fizikal itu spt dapat dikurangkan.

Aku masih ingat lagi malam selepas bersalin, jahitan pd luka episiotomy berdenyut dengan hebat. It was around midnight gitulah. Aku cuba sedaya upaya utk ignore rasa sakit yang menyengat itu tp tak berjaya. Aku cuba jugak utk tidur tapi sakitnya terlalu hebat. Akhirnya aku beralah & menekan button memanggil nurse. Aku adukan masalah aku kpd nurse yg bertanya lembut kesusahan yg aku hadapi & after that dia datang bagi ubat pain killer. After that barulah aku dapat tidur dengan nyenyak. Alhamdulillah.

Life is all about choices.

Manusia memilih utk membelanjakan wang utk pelbagai perkara yg disukainya. Perkara yang menjadi priority dalam hidupnya. Untuk aku, melahirkan seorang anak bukanlah sesuatu yang akan berlaku dalam hidup aku dengan banyak kalinya. Ianya mungkin hanya utk 2-3 kali sahaja. Begitulah perancangannya. Disebabkan itulah aku berharap utk setiap kelahiran anak-anak kami, aku mahu dilayan bak tuan puteri. Ecewahhh. Hahahaha.

Since sakit bersalin tu memang dah tak boleh dielakkan, aku berharap utk dimanjakan drp segi layanan pulak. Adakah ianya satu permintaan yang melampau??? Tidakkah aku layak utk membuat permintaan seperti ini???

Dalam pd masa yg sama aku juga akur dengan keupayaan kewangan suami. Sebab itulah aku sendiri tak lepas tangan meletakkan semua perbelanjaan di bahunya. Kami berkongsi susah & senang bersama. Duit yang habis boleh di cari semula. Itulah gunanya simpanan yang di buat setiap bulan selain drp utk digunakan utk waktu kecemasan yg lain kan?

Aku bukanlah seorang perempuan yang banyak kehendak. Aku tak pernah mengidamkan kereta mewah & banglo besar utk hidup kat dunia ni. Aku cuma mahukan kehidupan yang sederhana spt skrg. Kerja yang tak stress dengan gaji yang sederhana utk meneruskan hidup. Ada masa utk spend time dgn suami & anak. At times pergi holiday in a year. Ianya sudah cukup utk buat org spt aku rasa bahagia.

Bersalin di private hospital with Dr. Fatimah adalah salah satu 'waktu kecemasan' utk diri aku. Dengan itu duit simpanan yg ada itu boleh lah digunakan. Tapi alhamdulillah setakat ni duit simpanan tu tak berusik pun sebab rezeki bonus tahun ni kami dah asingkan siap-siap a few thousands. Duit simpanan itu akan terguna bila duit bonus yg ada tu tak cukup utk menampung keseluruhan perbelanjaan masa bersalin nanti. Itulah 'waktu kecemasan' kami.

InsyaAllah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat