Jalan - Jalan Melaka : Day 2

Cepat je dah masuk hari kedua. Maklom la cerita pun gaya nak taknak aje ni. Apasal ntah mood nak bercerita beriya mcm kelaot. Maybe sbb hari kedua ni lansung takde gambo yg kami amek pasal camera tertinggal dlm beg baju T__T

Pagi kami breakfast kat hotel je sbb dah include dlm pakej penginapan. Sebab tak ramai manusia kat hotel, maka kami disuruh order makanan ala carte. Aku dgn kuey teow goreng, habi dgn mee goreng mamak & Naurah dgn coco crunch+milk. Semuanya panas-panas & sedap. Lepas kenyam naik bilik semula & bersiap nak keluar. Keluar dah tengahari so kami terus menuju ke pusat bandar/Banda Hilir.

Tempat tujuan ialah Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa & terus makan sementara tak bape nk ramai orang tu. Asam pedas tenggiri pulak kami try tapi tak berapa nak ummphh pun. Pada aku sedap lagi udang galah masak lemak kuning. Dah tawu dah sekor udang tu rege RM35. Nak merasa punya pasal, kite pejam mata ajelah rembat sekor masok dlm mangkok. Pastu amek sepiring kerabu mangga. Total damage kali ni RM54. OK. Yang penting dah hilang ngidam nak mkn kat situ. Harap adik baby sok tak jejes air liur lah yer ^__^

Then sebelah kedai makan tu je ada Pahlawan Walk kot nama dia. Terus masuk sane borong segala mcm kerepek, keropok specialty di Melaka. Tak lupa fridge magnet yg menarik sbg penghias fridge di rumah. OK. Terus settled bab shopping buah tangan utk orang office & ahli keluarga. Then nak pergi kemana yer?

Ting!! Dapat idea dah. Moh kite pekena Coconut Shake Klebang yg femes itu. So menujulah kami ke area Pantai Klebang spt yg tertulis di signboard. Cuaca panas gitu mmg syok woh minum yg sejuk-sejuk. Syukur la jumpa tempat yg dicari. Kedai CSK ni rupanya di buka mcm kat sebelah rumah aje. Sblm masuk simpang ke dalam kt rumahnya, dari tepi jalan besar tu blh nampak deme jual cam gerai kecik khas utk tapau sahaja. If nak duduk-duduk nyembang sambil mkn nasi lemak, mee goreng & kuih muih, masuk dalam lagi sampai jumpa kedai besarnya yer.

Kami masuk ler ke dalam & tengok meriah dh orang. Syukur masih ada tempat utk duduk. Aku tengok ramai betul budak-budak muda Cina makan minum kt situ. Mostly order CS & makan nasi lemak. Since kami dah kenyam mkn lunch, aku soh habi tapau je nasi lemak 3 bungkus sbb nak rasa. Tgk ramai sgt orang makan sampai 2 bungkus sorang, mesti sedap punye ni kan? Kang terbayang-bayang pulak aku nasi lemak Klebang masa nak tido malam nanti. Haha. Tak lupa tapau 1 lagi CSK utk ibu mengandung ^___^ Sedap.

Lepas bayar kami tuju ke Ayer Keroh pulak. Naurah request nak tengok giraffe & elephant kat Zoo Melaka. Itu pun hampir je habi nak tuju balik ke hotel bila rasa badan budak tu mcm dah dedar panas. Tp klu tak pergi ke zoo tu, kecewa pulak si anak. So kami pegi jugak ke zoo & syukur masa sampai sana Naurah dah sihat semula. Excited nk tengok binatang barangkali.

Sampai kat zoo terus lah kami explore semua tempat & Zoo Melaka ni tempat redup sbb byk pokok besar. So nak berjalan tu mmg syok jugaklah. Cuaca panas pon tak jadi masalah sangat. Tak perlu nak bawak payung bagai. Kecuali kalau hujan la kan. Hehehe. Syok woh pegi time orang tak ramai. Macam zoo tu kami yang punya. Mak buyong pun kemain lagi semangat nak pusing zoo. Last-last pancit sampai tahap nak tumpang motor pekerja zoo. Hahahaha. Sokmo dapat senyuman sinis drp habi. Menyampah! Kalau dah cukup bulan kandungan aku ni, mau terbukak terus 4cm laluan baby =P Jalan dah terkengkang mcm penguin. Muka merah padam mcm udang kena bakar. Ahhh...aku dah tak peduli orang dah masa tu. Matlamat aku ialah sign Exit/Keluar. That is how desperate I am at that moment. 

I am at my 7 months pregancy & I am proud to say that " berjaya dah tawaf Zoo Melaka with that condition dengan susah payah ". Hewheww @__@

Ada satu kejadian misteri yang berlaku pd Naurah di Zoo Melaka. Masa kami kat kandang Gajah, aku duduk la dekat kerusi panjang menghadap ke gajah tu. Naurah pun request nak duduk sama. So aku angkat dia & dudukkan kt sebelah aku. Then aku pon melayan mengah yg bertamu while habi sebok la amek gambar gajah drp jarak dekat. Dlm pd aku tgh melayan sesak napas tu semua, tetibe je Naurah menangis dgn kuatnya & bila aku toleh kiri aku tgk dia dah terjatuh ke belakang pangkin tu okay!!! Ya Allah, hilang terus mengah aku masa tu. In a seconds tetibe dia dah terjatuh gitu? How did it happen? Ianya sangat tidak logik. Sepantas kilat aku angkat Naurah & masa tu mmg risau gila sbb tinggi jugak pangkin tu. Pastu macam ada simen-simen tajam gitu kt belakang tu. Aku bayangkan kepala Naurah dah luka terhantuk bucu simen yg bergerigi tajam & berdarah-darah dgn hebatnya T___T

Aku peluk Naurah kuat-kuat & tengok kepala dia if ada luka. Ade la macam merah-merah sikit here & there & dlm pada tu habi pun sampai kat tempat kami, ambil Naurah, pujuk dia dgn gajah depan mata tu. Masa tu memang aku rasa bersalah sangat sbb Naurah adalah bersama aku when the incident happen. Cuma serius aku tak terfikir benda tu boleh berlaku sbb Naurah duduk molek je sebelah aku. Aku dudukkan dia bukannya jauh kebelakang. Sikit aje. Memang tak boleh diterima akal sbnrnya kenapa Naurah boleh terjatuh ke belakang mcm tu. Kalau pun dia nak bersandar ke belakang, dia takkan jatuh sampai ke bawah tanah sane. Sbb pangkin tu masih banyak balance kt belakang dia.

Bile dah jadi benda gitu, aku rasa nak salahkan habi sbb ralit ambil gambar gajah & habi pulak of kos nk salahkan aku sbb tak tengok Naurah. Tp mak buyong kan tengah mengah tak hengat masa tu kan? Ade aje alasannya. Seb baeklah kami cool down aje & takde nak gaduh ke ape. Tengok Naurah pun takde luka apa. Which is amazing tahap mcm tak percaya jugak. Senang kata insiden ni memang sangat misteri. As usual aku mulalah berfikir ttg makhluk ghaib yg kita tak nampak dgn mata kasar. Kami tak diskas pun psl insiden ni sampai lah ke hotel.

Bila dah masuk bilik, Naurah penat & nak tidur. Dlm pd dia mamai tu, dia cakap a few things yang boleh buat bulu roma kita tegak berdiri. Dia request aku peluk dia sampai dia tertidur. Dia asyik cakap 'adik baby' tolak dia tadi & cakap tak boleh nak tidur pasal 'adik baby' kacau. Bila tanya kata mana adik baby, dia kata 'tu kat sebelah mama tu!'. Huuuu..mau ko tak seram masa tu kan? Kebetulan habi turun bawah amek nasi lemak yg beli td tertinggal dlm kereta. Dia masuk aje, terus aku cerita kt dia. Terdiam gak habi dibuatnya.

After that Naurah tertidur & aku pun doa ajelah kt Allah moga di jauhkan kami drp gangguan syaitan dsb. Syukur after that takde apa yg misteri dh berlaku. Sebelum maghrib Naurah terjaga & behave like usual. Nampak segar sikit & request nak makan. Kami cancel plan nk makan luar & after maghrib cuma habi yg keluar tapau apa yg patut. Naurah lapor sangat sampai cakap 'mana Ayah ni tak sampai-sampai'. Kesian itu budak. Boleh kata sehari sekali aje dia makan proper. Takde selera memanjang.

Kami jenguk kat bawah hotel & nampak banyak betul bas persiaran yang keluar masuk. Then tak lama lepas tu habi pun ding dong. Terus je makan tanpa toleh kiri kanan. Lapar kemain semua orang. Ade mak yong tu petang dah melantak 2 bungkus nasi lemak Klebang, then malam nampak nasi menggelupur macam tak makan sepanjang hari -.-" Naurah makan dengan selera. Alhamdulillah. Malam tu terbongkang depan tv ajelah masing-masing lepas mentekedarah. Peliknya penyakit mak yong yg bila terjaga tidor tak dapat nak lena semula telah berlaku buat kesekian kalinya. Maybe ade kaitan dgn kejadian yg menimpa Naurah petang tadi. Wallahulam.

Bersambung lagi......









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat