Oh My Medical Allowance

Pagi ni membelek buku pregnancy. Alahai tebalnya buku kali ni. Maklum lah bermacam test yg dilakukan utk pelbagai komplikasi. The doc just want to make sure what kind of complications I have that she will dealing of. Doc honestly said to me that she is very concern with patients yang ada high BP like me. Katanya ada beberapa kes yg tak best nak diceritakan sepanjang dia menjadi seorang O&G doc. Tu pasal lah kalau korang perasan check up pregnancy aku kali ni tersangat lah kerapnya.

Ada orang kata biasalah doc kat private mmg suka buat test itu ini yg sbnrnya tak perlu semata nak dapat duit utk hospital. Itulah pandangan negatif yg aku pernah dengar dr mulut orang yg katanya pernah ada pengalaman menyakitkan hati dgn private doc. Sejujurnya aku rasa tak baik kot fikir mcm tu. Kalau sememangnya doc tu mmg prihatin dgn keadaan kita, tak ker dh dpt dosa dok tuduh dia sengaja nk amek kesempatan? Manusia mmg suka bersangka buruk. Bab kesihatan ni bukannya perkara main-main sbb melibatkan nyawa. Aku & habi mmg pasrah ajelah bab byk duit habis ni. Asalkan hati kita rasa tenang & tahu apa yg berlaku pd tubuh bdn kita.

Semalam dpt info from HR yg medical claim kami tinggal balance RM144 saje drp RM2k yg diperuntukkan setahun. Redha ajelah lps ni byk bills yg dah tak boleh claim. Claim utk bulan ni aku akan asingkan siap-siap utk kegunaan pembayaran bills yang seterusnya. Itu ajelah yg boleh kami usahakan spy tak terasa sengkek sangat. Bills bulan ni total ialah RM851 okay. Tambah jelah sikit lagi biar jd RM1k. Create tabung pembayaran medical bills sampai bulan 12 tahun ni. Ada 6 bulan lagi oiihhhh. Entah cukup entahkan tidak. Malas nak fikir banyak lah. Kang serabut pulak otak. Hehehe.

Tabung bersalin utk adik baby dah ada RM3k. InsyaAllah akan dicukupkan sehingga at least RM5k. Ya Allah, kami berharap sangat dpt mengelakkan drp c-section. Bukan aje atas alasan kos yg tinggi, malah aku sendiri sbnrnya takut nak menghadapi proses tu. Hehehe. Tak tahulah kenapa rasa takut sangat nk belah perut. Aku bayangkan lemak yg tebal 10cm ni akan ambil masa yg terlalu lama utk pulih & kesannya maybe akn dirasai sepanjang hayat. Homai...ngerinya. Doa kuat-kuat ajelah moga Allah permudah.

Kalau selamat semuanya, lepas ni menabung lah semula kami laki bini. Duit boleh dicari, nyawa? Kalau hilang nyawa takde update lagi lah blog ni nampaknye. Ohh...sedih pulak rasa. Heheheh...

Hishh...exec lelaki sebelah aku ni suka sgt kutuk badan aku makin besar. Dah nama pun mengandung. Dah 6 bulan+ okay. Takkan la pulak aku nak makin mengecil? Berat aku drp bulan 3 start buat check up kat Annur sampai lah skrg bulan 5 ni cuma naik 400 gram aje taw!!! Sekilo pon tak sampai. Nak suruh aku lost weight gaknye baru dia puas hati...grrrrr. Aku taulah dia concern sbb aku ada darah tinggi. Tapi mulut tu kdg tak hagak-hagak. Aku pn ada perasaan jugak. Pull stop.

Sbnrnya aku pn quite amazed la berat tak naik mana. Maybe sbb mmg dah terlalu overweight. So dia dh stuck tak boleh nak naik lagi gaknye. Hehehe. Pdhal makan 3 kali sehari mmg cukup. Mkn pun mcm biasa. Cuma yelah kdg ada lg muntah-muntah tu yg buatkan berat turun naik gitu aje. Bertabah ajelah.

Smlm aku check tarikh aku akan genap 37 weeks. Ianya pd 30 July nanti. Yer, pd bulan Ramadhan. Honestly aku pn tak sure mampu ke tak utk berpuasa even utk sehari. Kita tengok ajelah nanti mcm mana. Senang kata insyaAllah aku akan bersalin pd akhir bulan July atau pd awal Ogos. Tunggu ajelah arahan doc suruh masuk wad bila. Hopefully adik baby dpt bertahan hingga ke waktu itu. Be strong yer adik! Kakak Naurah dah tak sabar sangat nak main dgn awak. Saban hari bertanya bila adik baby nak keluar ^^





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat