Setengah Bulan Cuma 4 hari

Hi all. Hari ni dah masuk kerja after 4 days on medical leave sebab sakit mata. Sbnrnya belum baik sepenuhnya lagi mata ni. Tapi since dah tak merah sangat, datang jelah ke opis. Nampak bengkak ajelah. Harap tak mengjangkitkan ke orang lain. Amin. Risau jugak ni sbb ada yg kata masih belum baik. Tp aku pon dah lemau duduk rumah. Pastu risau kalau bos bising terlalu byk mc. So datang jelah kerja. Kalau bos suruh balik baru la balik. Tp tgk dia sokay je td even muka kelat hehehe. Tak tau kelat sebab aku dah lama mc atau kelat sbb tgk mata aku tak baik lagi dh dtg kerja. Gasak lah ^^

Sbnrnya aku dah pasrah dah bab penyakit byk dtg time pregnancy kali ni. Redah ajelah sbb dah itu takdir Allah. Orang lain pon ramai yg dah berbunyi ckp banyak betul dugaan penyakit aku pregnancy ni. Benda di luar kawalan kita kan? Penyakit ni datangnya drp Allah juga. Kesembuhan pun milik Dia. Kadang aku rasa stress jugak. Bukan sebab penyakit sgt tp sebab prestasi kerja yg tentulah terganggu bila mana terlalu banyak mc ni. Kalau bukan sebab pregnant, entah-entah dh dapat warning letter. Tapi aku mc pun sbb medical reason kot. Tp yelah...bos & HR peoples pon manusia biasa. Tak boleh dijangka sikap orang pd kite neh. Kadang deme taknak terima alasan walaupun ianya logik. Benda ni kdg bergantung pd budi bicara manusia jugak.

Entah lah. Maybe aku je yang fikir terlalu banyak sampai berburuk sangka pd orang lain. Realitinya masih takde apa-apa memo or emel yang bisa membuatkan hati berdarah. Dengan itu kita think positive ajelah. Datang kerja mcm biasa & do my job.

Sbnrnya aku nak apply cuti 2 hari utk anniversary holiday next week. Td tgk ade notification yg bos pon cuti pd 2 hari yg sama. Boleh pulak sama eyh? Hehehe. Nak apply tp macam takut sbb mcm banyaknya ko cuti bulan ni???? Kat punch card aku cuma ada 4 hari je masuk opis dlm tempoh setengah bulan ni. Rekod habis lah. Petang sikit la baru apply cuti. Hrp mood bos masa tu dah OK.

OK lah. Nak buat kerja yg menanti. Esok ade meeting. Kena siapkan minutes. Bai.




Popular Posts