Sudah Kurang 100 Hari


Ya Allah....berhari-hari mc sampai lost count and tup tup tengok dah less than 100 days to be a mother again. Syukur sangat pd Allah masih bernyawa pd saat ini walau dilanda pelbagai komplikasi & dugaan. Masih dapat lagi jd seorang isteri pd habi & a mommy to Naurah yang semakin sweet saban hari.

Terima kasih....kuucapkan padamu..... - lagu femes masa GE13 baru-baru ni sampai Naurah pon sokmo menyanyikannya..hurkkk -__-"

Lately kan even kdg stress bila Naurah asyik buat sepah rumah, rasa semakin sayang sangat kt dia. Maybe sbb hormon as a pregnant lady jugak kot. Lagilah dah nak akhir-akhir fasa ni kan. Kasih sayang terlebih & rasa touching sana sini semakin berleluasa. Selalu panggil Naurah duduk sama dgn aku. Kdg dia baring atas riba even kaki dah terjulur panjang. Usap rambut dia & kiss her forehead. OMG. I just love that feeling.

Naurah pun sangat sayang kat adik baby. Selalu dtg selak baju nak tengok my stomach. Berbual dgn adik baby tanya macam-macam like " Adik baby buat apa tuuu??? ". Setiap hari tak pernah miss to kiss my cute tummy. Setiap hari peluk that tummy. I am so proud to have a daughter like her. Alhamdulillah.

Permainan Naurah skrg ialah menjaga bbrp soft toys dia like Pingu & 2 small cats like her baby or little brother. Siap selimutkan dgn lampin or sapu tangan sbb sejuk katanya. Baringkan & bagi susu kahkahhh. Macam-macam lagilah yg looks like dia sedang menjaga keperluan mereka. Kdg dia bahasakan diri dia as " MAMA ". Aduhaiii...kelakar sungguh melihatnya. Habi pon dok tersengih sengih je tengok. Dah sampai fasa ini anak kita kan? It just about time for her to have another sibling =)

Sehingga ke saat ini aku sangat mensyukuri dgn apa yg ada. Selagi Allah masih pinjamkan nyawa ini, aku akan terus berjuang utk orang-orang yg aku sayang. Ahh..bergenang pulak air mata menaip macam ni T___T Terlalu sensitif la skrg ni.

Moga adik baby sentiasa kuat. Selamat lahir ke dunia & jadi anak yg soleh. I love u habi. I love u Naurah. I love u adik baby. Moga Allah selalu jaga kita semua.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat