Belum Terlambat

Hari ni aku half day. Petang ada check up kat Annur. Nampaknya kali ni habi tak masuk bilik doc temankan aku like the previous one jugak. Dia ada appointment dengan client. Buat aku lagi dup dap nak hadap doc yang tegas itu. Redha jelah kalau kena marah sorang-sorang nanti. Harapnya semua ni cuma mainan perasaan aku je. Sbnrnya semuanya normal tentang aku & adik baby. Semuanya baik-baik aje. Mudah mudahan lah.

Btw baru je dpt tau mak abah ada kat rumah Kak Ya skrg. Weekend ni harapnya dapat la singgah sana. Ahad tu kena attend wedding kat Rawang. Tak sure la nk bermalam kat sana datang hari Sabtu ke guane. Tengok apa kata habi. Kalau datang Ahad je mcm tak puas kot Naurah nak jumpe Atok Nenek. Kesian dia. Nanti mule la nak cranky sana sini bila tak puas. Letih nak melayan. Plus my breast pump pun ada sama. Double yeayyy!!! ^^

Ohh..mlm td first time rasa adik baby mengeras. Mcm braxton hicks jugak lah. Cuak kejap mak. Dah lama tak rasa macam tu. Risau je ada apa-apa yang tak kena dgn adik baby. Pagi ni dia kick mcm biasa. So aku rasa lega jugaklah. Ya Allah....hrpnya perkembangan adik baby baik-baik aje. Banyak benda yg merunsingkan kita bila pregnant dlm keadaan diri kita banyak komplikasi ni. Betapa pentingnya menjaga kesihatan. 

Dulu masa umur 20-an syok ah makan tak ingat ape. Semua sumbat masuk mulut. Badan fit aje aktif buat itu ini. Bila masuk 30-an je dah start rasa tak best. Effect pd pemakanan yg tak sihat dah dpt rasa waktu ni. Bukan aje sbb pemakanan, tp lifestyle jugak. Nyesal pun tak guna.

Tapi kita tetap tak boleh give up. InsyaAllah masih blm terlambat. Cuma kena tambah supplement & try dapatkan balik berat badan yg ideal. Jaga pemakanan & ubah gaya hidup supaya lebih aktif. Kita cuba tebus kembali kesilapan yg lama. When there's a will, there's a way. InsyaAllah.

Orang dah terhantuk baru nak tengadah mmg mcm ni lah rupanya.








Popular Posts