Duduk Atau Cangkung? (18SG)

Tajuk entry entah apa-apa je. Hahaha. Siap letak 18SG. Ganas sangat entry ni =B  Kali ni aku nak merapu pasal tandas. Gross betol lah mak yong ni =P Macam dah takde benda lain ko nak cerita khennn??? Tapi pada aku benda ni memang boleh dijadikan topik. Terutamanya berkaitan dengan kisah mengandung & berpantang.

Penggunaan tandas squat or sit ni banyak memainkan peranan. Satu masa dulu aku punyelah jaki dengan tandas duduk. Yelah...kite ni orang kampung. Mane terdedah sangat dgn tandas duduk ni. Tapi bila dah start merantau ke serata tempat utk belajar & bekerja, tandas duduk dah jadi sesuatu yg common. Dan skrg aku adalah memilih tandas duduk drp tandas cangkung. Kenapa?

Pertamanya kalau aku tak mengandung, badan aku gemuk. So masa nak cangkung berlama-lama adalah sesuatu yg susah. Nak tampung berat badan tu macam seksanya. Kaki jadi sakit & tak sabar nak sudahkan panggilan alam tu. Hahaha. Cer bayangkan kalau berak sembelit. Bape lame hoi ko nak menyangkung? Mengah dibuatnya. Ekekeke...(ini adalah salah satu keburukkan menjadi orang gemuk).

Skrg baru aku faham kenapa masa nak buat rumah kat kampung dulu mak adalah orang yang paling beriya nak install tandas duduk. Yeler...masa tu kite kan kurus lagi. Tak paham masalah orang gemuk ni...hewheww =P Hasilnya kat rumah kampung ada tandas squat & sit. Boleh pilih mengikut berat badan anda. Hahaha.

Keduanya, semasa pregnant, badan dah sah-sah la makin gemuk. Lagi la susah nak guna tandas cangkung. Plus aku selalu terbayangkan kalau time pregnant kena menyangkung what if baby terkeluar? @__@ Bila baby makin besar, lagi lah rasa macam ada benda nak terkeluar bila menyangkung. So kita akan jadi seriau gila. Seremmmm...

Perut pulak bila makin membesar susah sangat nak cangkung taw. Rasa tertekan kat perut tu macam sakit & senak sangat. Kesian kot kat baby sebab macam tersepit aje dia kat dalam tu T__T

Ketiganya, masa berpantang. Gila ko nak menyangkung masa luka jahitan belum sembuh? Perghh..dia punya hazab takyah cakap la. Aku dah pernah buat kerja gila tu dulu. Mmg rasa jahitan dah terbukak. Tp sebab takut aku tak berani nak tengok pun. Syukurlah tak berlaku jangkitan kuman pd luka jahitan & in 2 weeks dah rasa okay dah tak duduk senget benget lagi. Serik.

Masalahnya kan kali ni pn aku akan berpantang kat rumah in law dalam seminggu dua jugaklah. Tengok pada kesihatan diri macam mana. Kat sana takde tandas duduk. In fact skrg pun kalau balik sana aku dah terasa perit jerihnya berkaitan tandas ni. Kdg sanggup tunggu nak outing kat pasaraya utk melepaskan hajat besar sbb nak cari tandas duduk. Itu pon kalau boleh di tahan @_@ Hajat kecil tak masalah sgt sebab sekejap aje kot hihihi

Sebenarnya kalau nak ikut drp segi agama, tandas duduk ni makruh utk kita gunakan. Sebaiknya mmg menyangkung. Tapi dalam keadaan-keadaan spt yg aku tuliskan kat atas tu, terpaksa redha ajelah kot. Plus drp segi kebersihan pun, better tandas squat drp sit. Betul tak? 

Kalau aku berjaya kurus semula, tak pregnant & tak dalam pantang, insyaAllah aku akan pilih tandas squat seperti satu ketika dahulu ^^ Doa-doa kanlah aku...hehehehe



* sila jangan like post ni kat FB. macam tak sesuai je utk bacaan umum kahkahhhh




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat