Kepelbagaian Sifat Manusia

Pernah tak korang rasa pelik atau rasa macam tak boleh terima dengan sifat manusia yang selain drp diri korang? Ape punye soalan la aku tanya ni. Bwahahaha...

Aku banyak kali jugalah rasa tak faham kenapa orang tu boleh fikir macam ni or buat macam tu. Sebab pada diri aku benda tu biasa aje or tak perlu nak sentap, berahsia whatsoever. Tapi untuk orang lain tak lah pulak. So ada rasa agak confused di situ.

Then aku muhasabah diri aku balik. Aku kena terima hakikat bahawasanya Allah SWT menjadikan manusia ini dengan pelbagai sifat yang tersendiri. Mana mungkin seorang manusia itu 100% sama dengan seorang manusia yg lainnya. Waima mereka itu merupakan kembar seiras. Betul tak?

Cuma untuk diri kita nak menerima dengan tulus ikhlas sifat seseorang manusia itu tidaklah mudah utk dilaksanakan. Lebih senang utk menulis drp melakukannya. Apetah lagi kalau satu-satu sifat tu pd pandangan mata kita merupakan sesuatu yang negatif.

But even kita tak sependapat & bersetuju dengan sifat seseorang tu, tak semestinya kita tak boleh jadi kawan bukan? Takkan lah takde satu pun sifat orang tu yang compatible dgn diri kita. Mustahil! Mesti ada yang kita boleh masuk even cuma 1 atau 2 saja sifatnya tu. Cuma utk menjadi teman rapat tu tidaklah. Susah juga kalau terlalu banyak perbezaan sifat ni. Nanti asyik nak bergaduh pulak. Hehe.

4 tahun sudah hidup bersama habi. Aku akui sometimes he did surprised me. Bermakna mungkin sampai kami dah masuk kategori warga emas pun, kita takkan sepenuhnya dapat faham diri orang lain selain drp diri kita. Ianya sesuatu yang agak kompleks.

Diri kita sendiri pun belum tentu kita faham sepenuhnya. Cuma Allah je yg tahu. Wallahualam.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat