Klinik-Klinik Di BBST

Semalam mak mc. Itulah cita-cita sejak start bekerja hari Isnin lepas. Hahahaha. Ini memang poyo! Padahal takdelah rasa tak larat sangat. Tapi otak dah berzikir kata i need to rest...i need to rest. So akhirnya buat keputusan amek mc jugak. Habi pun kerja lebih masa mlm td balik rumah 1.30am. Bila aku mc, dia pun tak perlulah nak bergegas sgt ke opis. Boleh relax-relax kejap & inform kolik masuk lewat sikit.

Memula breakfast dulu kat medan selera Tmn Seroja. After that habi terus ke opis & aku drive ke klinik. Sebbaek ade 2 kereta. Memang memudahkan. Kejap je dah sampai turn aku & aku pun berceritalah bbrp masalah terbaru yg aku hadapi pd doc. Dulu aku tak berapa suka sgt dgn Dr. Norizan (Mediklinik Syifa') ni. Sbb dia macam serius sgt orangnya. Tp rupanya bila kita dah biasa dgn dia, sokay aje. Aku pun lebih selesa nak tanya macam-macam kat dia since she's also a good listener. Doc di klinik yg aku selalu pergi sblm ni not a good listener sgt (Poliknik Salehudin). Gaya mcm nak cepat aje & agak kelam kabut.

Biasalah kan. Doctor pun manusia biasa jugak. Ada personaliti tersendiri. Another good doctor is Klinik Dr. Ravi & Surgery. Sebelum ni kami tak pernah pun kesana sbb nak menyokong klinik orang Islam lah kununnya. Tp kes Naurah demam virus hari tu kebetulan 2 klinik yg kat atas aku cerita tu tutup. So dh takde choice & akhirnya membawa kami berjumpa Dr. Ravi yg sangat teliti & memberikan penjelasan yg sangat terperinci. Siap lukis gambar tonsil atas kertas okay. Hehehe.

Pastu bagi tips macam-macam jugaklah. Cuma Dr. Ravi ni bahasa melayu tak fasih sangat. Most of the time he will explained in English. Simple English je. Takde masalah nak faham pun. 15-20 minutes jugak kami dlm biliknya. Barulah kita puas hati bila dapat gambaran yg lebih jelas tentang penyakit anak kita kan? Kalau klinik disebelahnya tu selalunya 5 minit je dah settled. Tak sempat nak panas punkoq. Tp kalau orang lain masuk mcm lama lah pulak nyembangnya. Maybe kami laki bini yg tak pandai nyembang dgn dia kot. Tu psl kejap aje. Haha.

Yg aku agak terkejut semalam bila aku ckp dgn Dr. Norizan yg aku check up kat private. Dia terus tanya Annur ke? Eyhh...macam tau-tau pulak dia. Aku agak mesti ramai gak kot patient dia yg ke Annur & skali skala dtg jumpa dia. Tu pasal dia dh boleh teka. Dia terkejut juga sbb aku masih belum mulakan check up 2 minggu sekali. Since check up kat Annur bulan 4 dulu, mmg appointment aku once in 3 weeks. Klu takde komplikasi selalunya once in a month. Aku bajet after my next check up on my 32nd weeks, akan bermulalah yg 2 weeks punya. Then on my 36th weeks maybe Dr. Fatimah akan bagi tarikh utk induce.

Ada dlm 3 kali check ups je lagi sebelum dapat tarikh nak bersalin. Of course dalam rasa tak sabar nak jumpa baby & mengakhiri pregnancy kedua ni, aku tetap akan rasa nervous. Ade ke orang yg tak nervous bila nak bersalin? Hehe. Dalam otak ni asyik fikir apalah nasib aku utk kali ni yer. Better from the previous one or worse? Hidup ke mati? Macam-macam lagi lah aku fikir.

Kerisauan ttg adik baby pun seakan tak pernah bertepi. Moga Allah panjangkan umurnya & dapat hidup sihat walafiat membesar dgn kakaknya yg dah tak sabar-sabar nak ada kawan kat rumah =)








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat