Opis Dilanda Garuda

Pheww...sakit pinggang mak. Tak habis lagi uolls settlekan mengemas office ni. Weekend yg baru lepas ni kan kami satu dept. tukar carpet & blind. Bila sampai opis pagi td dah macam sekampung dilanda garuda. Dah kemana hutan dah barang masing-masing. Nasib baik tak susah sangat nak cari since we all dah buat tag nama siap-siap kat bebarang tu semua. Tapi semua barang opis kan berat-berat. Mau tak sakit pinggang masing-masing. Apetah lagi mak yong mcm aku ni kan.

Even aku mak yong, aku tak sampai hati nak mintak tolong banyak-banyak sangat. Walau ada yg menegur kata I shouldn't do that & this, aku gagahkan ajelah. InsyaAllah aku masih tahu using my energy to my limit. Takdelah sampai memaksa diri kalau benda dah berat sangat. Setakat tolak meja, kerusi & drawer tu ape ade hal kan. Pastu pasang semula pc & cpu semua. Mak okay aje =)

Ni pun amek napas la sekejap update blog. Nak kena susun file & perlbagai dokumen ke tempat asalnya. Alang-alang dah mcm ni, aku try la buat tempat aku ni ada perubahan sikit like susun atur pelbagai khazanah tu semua. Ada nampak fresh sket barulah semangat baru nak buat kerja kan? Hampir 8 tahun ngadap ruang yg sama, mana tak boring kan? Lemau.

K lah. Tak boleh tulis panjang-panjang sangat. Banyak lagi yg nak kena kemas ni. Rasanya seharian ni memang mengemas ajelah kerjanya. Harap esok dah sempurna semuanya =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat