Sememangnya Ayah Yang Terbaik

Dah dukung anak, tolong pegangkn handbag bini lagi. Baik ke tak baik gtu? Hehehe

Hari bapa adalah semalam. Seperti biasa aku & habi mane ambil kisah sangat hari bapa ke hari ibu ke. 2 keraian je selalunya yg kami sambut. Ulang tahun perkahwinan & birthday. Senang nak ingat. So semalam saje lah ckp dgn habi yg hari ini adalah hari bapa. Abang taknak belanja ape-ape ke? Kekekeke. Terus kena sound bukan aku ke yg sepatutnya kena belanja dia? ^^ 

Mak sokay je sebenarnya. Tp malas benar lah nak keluar kemana-mana semalam. Sudahnya terperap jugak dlm rumah. Hehehe. Seb baek plan nk sort out baju Naurah yg lama-lama berjaya dilaksanakan. Kira weekend lepas duduk rumah memang berehat habis-habisan lah kami. Sabtu keluar sekali pd waktu malam & Ahad pagi breakfast kat Nilai. Itu aje outing yg kami buat. Badan mmg rasa segar la dapat rehat banyak.

Tapi sempena hari bapa semalam, aku nak buat jugaklah entry special tentang habi as a father. Tak dinafikan memang dia seorang bapa yang baik. Sama jugak macam suami yg baik. Bila Naurah dah makin besar, aku try rapatkan diorang sebaiknya. Naurah tu memang suka berkepit dengan aku. Ntah ape yg best sangat aku ni pun tak tahulah. Sebab aku rasa habi jauh lebih best kot. Melayan aje karenah anak dgn sabar. Maybe bond atr ibu & anak tu terlalu kuat kot atr aku & Naurah. 

Walau waktu kecilnya Naurah tak pernah pun direct breastfeed dgn aku, tp Allah tu maha adil. Dia tahu bukan aku sengaja taknak susukan Naurah secara direct. Malah aku tak jemu mengepam sampai hampir 1 tahun jugaklah Naurah merasa minum susu ibu. Bg seorang ibu yg bekerjaya, ianya bukan mudah. Jadi usaha aku di ambil kira disitu. Hasilnya Naurah tetap rapat dgn aku tak ada bezanya dgn ibu-ibu yg berjaya menyusukan anak mereka directly. Alhamdulillah.

Bila aku pregnant kali kedua, aku try harder utk merapatkan Naurah dgn habi. Aku rasa aku dah berjaya jugaklah melaksanakan misi ni. Bukan sengaja nak bagi habi lebih penat. Tp aku kena jarakkan sikit kemanjaan Naurah tu dgn aku spy dia tak terasa hati sangat bila ada adik baby nanti. Of kos adik baby akan lebih perlukan perhatian aku drp kakaknya. So aku hrp habi boleh galas sedikit sebanyak peranan aku utk Naurah. Kalau boleh taknak Naurah ada sifat iri hati pd adiknya nanti. Kalau dr skrg dia dah rapat dgn habi, tugas aku hrpnya lebih mudah la. Taknak rasa stress out yg akhirnya akn menjadikan aku ibu yg grumpy pulak nanti.

At times bila nampak Naurah asyik dgn habi aje, ada jugak rasa jeles pd deme dua tu. Rasa mcm tak diperlukan aje. Mcm aku takde pon takpe. Ishh...tak boleh jd ni. Bila rasa mcm tu mula lah sibuk ngimpit ke Naurah. Hahahaha. Psiko ibu ko ni nak =P Sekali sekala aje rasa mcm ni. No big deal lah. Nanti dah ade adik baby tak menyempat kot nk rasa mcm tu.

Overall, habi as a father memang terbaik lah. Untung siapa dpt dia sebagai ayah. Susah nak marah & lemah lembut aje melayan anak. Memang pelik kalau ada anak yg tak suka dgn dia. Boleh tulis mcm ni tak? HAHA.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat