Semua Benda Ada Akhirnya

Pagi Jumaat yang mendamaikan datang lagi. Syukur kepada Allah. Kat luar tu takde matahari pun. Nampak redup aje. Tapi bahang panas tu tetap terasa kat dalam opis ni. Terpaksa juga turunkan suhu aircond seperti biasa. Semakin tahun semakin panas suhu dunia kita. Akibat pemanasan global barangkali. Tak tahulah kemuncak suhu dunia naik akan berterusan sampai bila. Adakah sampai bumi dah tak sesuai lagi utk dihuni oleh sebarang hidupan?

Tetibe terbayang cerita science fiction yang berlambak ditayangkan pd kita. Takkanlah sampai jadi macam tu ork? @__@ Keseluruhannya aku tengok cuaca kat dunia ni memang dah tak menentu. Tempat yg dikenali sbg gurun tetibe boleh turun salji. Tempat bersalji boleh panas terik sampai air kering kontang. Ini semua merupakan petanda awal kepada pengakhiran bumi bagi orang-orang yang beriman. Kita sebagai orang Islam sepatutnya ambil segala kejadian ni sebagai peringatan utk diri kita.

Tapi as usual biasalah......nama pn manusia. Tahu tapi buat-buat tak tahu. Saja taknak ambil kisah & terus hanyut dengan kehidupan dunia yang sementara ni. Bukan nak kata ke orang lain, tapi aku tuju statement ni kat diri aku aje. Orang lain aku tak tahulah.

Seminggu demi seminggu berlalu dengan begitu sahaja. Yer, aku rasa mcm begitu sahaja. Aku malas nak fikir intipati yg terjadi dlm seminggu tu. Matlamat otak aku cuma satu. Nak lekas bersalin & menjalani rutin hidup yang baru sekali lagi. Aku rasa memang aku perlukan satu perubahan dalam hidup yang sedia ada. Its about time kata orang tu. Menjalani rutin hidup yg sama utk beberapa tahun adalah membosankan. Korang tak rasa begitu kah?

Aku berharap kehadiran orang baru nanti akan menceriakan & menyegarkan semula kehidupan kami sekeluarga. Aku tahu semakin ramai anak & semakin membesar mereka, kehidupan kami akan lebih mencabar. Kami tak boleh berfikir di takuk yg lama lagi. We have to move on seiring dengan perubahan yang berlaku.

Aku cuma takut satu. Takut yang aku akan terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai lupa pd urusan akhirat. Kalau aku tak jaga Allah, macam mana Allah nak jaga aku?

Siapa kata hidup kat dunia ni senang? Paling susah sekali ialah nak seimbangkan atr dunia & akhirat. Kudrat tenaga pulak makin lama makin menurun. Siang dah terlalu letih dgn urusan dunia. Malam rasa nak berehat aje sampai ke pagi. Tapi sampai bila nak macam tu?

Tau-tau je umur dah 50 tahun. Hukolohhhhhhhh T___T




 

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat