Sentap!

Nak cerita kes petang semalam ni. Tetibe aku sentap betul dengan Naurah. Skrg kan paling susah sekali nak lepaskan Wan nya balik ke Semenyih. Asal Wan nak balik aje mesti menangis. Ikut aku mmg aku buat tak layan aje. Gasak ko lah nak menangis guane pong. Macam tak biasa pulak dah 3 tahun rutin macam tu. Makin besar makin mengada. Blerghhh.

Lepas drama setiap petang tu berakhir, aku soh habi pegi pasar malam sebab nak makan yong taufu & taufufa. So pergi la 2 beranak tu & aku senang lenang layan Teduhan Kasih. Hehe. Datang waktu petang & malam memang tak larat sangat dah rasanya skrg ni. Penat macam orang kerja motong buah kelapa sawit. Sakit badan sana sini. Dah lah 2 hari berturut kena heartburn membawa ke headache. Harap sangat hari ni tak jadi lagi macam tu. Seksa.

Then sblm makan semua naik atas, mandi, solat & berehat menunggu waktu Isya'. Sebelum aku mandi tulah Naurah tetibe je cakap tak sayang aku. Dok sayang Wan, Atok, Nenek & Ayah aje. Sentap betul dibuatnya. So aku pun berlawan la mulut dgn dia. Tak sayang sudah! Ibu ada adik baby. Nanti adik baby lahir, ibu & ayah semua balik Johor tinggal sama Atok & Nenek. Tinggal lah awak sorang kat Semenyih sana. Padan muka! Hoh..tetibe aku pun dah jadi mcm budak-budak. Kakaka.

Then lepas tu aku malas nak layan dia main semua. Dia pun mcm perasan kot aku tak layan dia. Buat-buat tido je. Sibuk je nak main dekat-dekat dgn aku. Piiirahhhhhh!!! Habi pun pelik apasal diam aje 2 ekor ni. Selalu kemain lagi bising mulut pot pet. Aku pun ngadu kat habi ckp Naurah kata tak sayang kat aku. Bila habi tanya Naurah knp ckp gitu, dia kata 'biarlahhhhh'. See! Taknak mengalah lagi tu. Ntah ikut kepala batu sape ntah @__@

After that semua orang turun bawah utk makan. Masa ni hati aku dah sejuk dah. Offer dia hotdog & dia kata nanti kakak makan. Tengah selok nak makan fishcake bentuk angry bird. Hahaha. Seb baek molek jawab ke aku. Kalau kerek mmg aku sekehkan aje =P

Selalunya aku tak ambil kisah pun bila dia ckp tak sayang aku. Usually dia akan ckp gitu bila tak dapat ape yg dia nak kes aku tak bagi la. Tp semalam mmg tiba-tiba okay. Selok sangat asyik nak balik Semenyih since last weekend ddk rumah aje kan. Yelah, orang sana mana ada nak marah-marah dia kalau buat peel mengada tu semua. Kalau dgn aku & habi jangan haraplah kan. Budak kalau buat salah tak ditegur nak jadi apa?


Makin besar makin mencabar nak mendidiknya




Popular Posts