Ujian Getir

For the past few weeks, banyak kejadian yang tak best telah menimpa kami. Seperti malang yang bertimpa-timpa. Aku mengingatkan diri & habi bahawa semua kejadian yang berlaku ni adalah peringatan drp Allah. Kami kena muhasabah diri di mana silapnya diri kami. Aku selalu berpegang pd satu ayat ni.

" Jaga lah Allah, maka Allah akan menjaga mu ".

Mungkin kami lalai dalam memperingati-Nya. Sambil lewa dalam beribadah & sebagainya. Sedangkan dalam setiap bacaan surah Fatihah kami memohon supaya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus. Maybe kami sudah mula lari drp landasan yg lurus. Sebab itulah Allah berikan kami ujian supaya kami betulkan kembali langkah yg semakin terpesong & lebih menjaga-Nya.

Bila kita lalai dalam 'menjaga' Dia, maka Dia pun mengingatkan kita semula. Menghadapi ujian yang bersifat negatif sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau tak cukup iman di dada, boleh meroyan jadinya. Moga Allah berikan kami ketabahan, kesabaran & kekuatan dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.

Aku juga menyatakan pd habi bahawasanya ujian ini menunjukkan Allah masih sayang & peduli pd kita. Kalau Dia dah tak peduli, kami akan terus lalai & leka. Itu lebih merbahaya kan? Dia memberi pengajaran kepada setiap hamba-Nya dalam cara-Nya yang tersendiri. Kita cuma perlu bertenang & merenung kembali apakah kesilapan diri kita & cuba memperbetulkannya. Cari apa sebenarnya yang ingin Dia sampaikan pd kita. Itulah yang paling penting sekali.

Sudah lama kami hidup tenang tanpa dugaan yang besar. Sekali sekala Allah datangkan ujian peringatan, takkanlah kita sudah mahu beralah kan? InsyaAllah kami akan dapat menghadapi segala ujian ni dengan penuh redha & tawakkal.

Allah tak pernah berikan ujian yang lebih drp keupayaan hamba-Nya. Kami yakin boleh!!!! Aja-aja fighthing!











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat