Agaknya Update Terakhir Sebelum...

Bersiaran drp opis. Kat opis jugak yg syok nak update blog. Selesa tekan keyboard besar gabak gini. Laju aje menaip meluahkan apa yg ada dalam fikiran. Oh..sbnrnya aku masih on mc hari ni. Pagi td ke Annur dulu amek mc for this whole week & hantar ke office. Alang dah sampai sini settlekan pending works yg ada & bg amanat terakhir sebelum mc lagi next week sampailah tarikh serah diri on 31.7 which is on next Rabu. Sama-sama la kite tengok jd baby July or August. Tak kisah la date mane pun baby nak keluar. Yg penting semuanya selamat & dipermudahkan. InsyaAllah.

By right this Sabtu merupakan check up terakhir di Annur. Dr. Fatimah suka sangat jumpe aku gaknye. Best sembang ork? Hehehe. Aku rasa mesti kena 'seluk' kalau mengikutkan pengalaman masa Naurah dulu. Doc nak tengok samada pintu rahim dah matang atau tidak. Kalau takde aral, will proceed with the date above lah. One more thing why Dr. nak induce on my 37 weeks is sebab nak elakkan bersalin waktu dekat nak Raya which is of course will be a hectic week kan? Manelah tawu doctor pun dah sibuk nak bercuti Raya. So kalau boleh dia taknak ada kemungkinan tu. Better bersalin masa dia masih free.

Minggu depan bersalin??? Homaii....neves mak dibuatnya. Nak menghitung hari ni sbnrnya yg buat debar. Sok dah tiba waktunya aku otomatik akan jadi pasrah & berserah pd Allah. Follow ajelah ape yg pihak hospital nak buat ke aku. Sambil terus berdoa semuanya dipermudahkan Allah. Nak tak nak kalau dah namanya mengandung, kenalah melahirkan anak pulak kan? Kalau taknak bersalin, jgn mengandung. Gitu. Hahaha.

Ok. Dah akhir-akhir waktu mengandung ni aku nak panjatkan rasa bersyukur pd Allah kerana dgn pelbagai komplikasi penyakit yg melanda, akhirnya aku hampir pd matlamatnya. Syukur adik baby masih lagi survive kat dalam sana dlm keadaan maknya yg serba tak kena ni. Ada byk kes aku dgr & baca samada dr kalangan kawan atau bukan yg tak ada komplikasi penyakit apa pun waktu pregnant tp tiba-tiba Allah uji baby lahir pra-matang, dijangkiti penyakit yg tak tersangka & sebagainya.

So aku consider diri aku masih lagi bertuah krn dpt bertahan hingga ke waktu ni. Ini pun tak boleh rasa lega seleganya pasal anything can happen dlm masa bbrp hari saja ni pun. Kalau Allah kata 'kun' maka 'fayakun' lah. Apa yg aku boleh buat cuma berdoa tanpa putus pd Allah atas segala kasih sayangNya kepada hambaNya yang serba lemah ini. 

Terasa sgt bergantungnya diri ini pd Allah yg maha Esa. Kepada siapa lagi aku nak mohon rahmat & kasih sayang kalau bukan drp Dia?

Akhir sekali aku nak mohon ampun dah maaf kepada sesiapa saja yang pernah terasa hati dgn aku or rasa aku ade buat dosa dgn dia. Maafkan lah yer. Nak berjuang dgn nyawa ni next week. Kasihani lah diri hamba =) Kepada sesiapa yg sudi, doakanlah insan yg lemah ni moga semuanya dipermudah & selamat ibu anak. Terima kasih in advance.

InsyaAllah kalau nyawa masih panjang, kita jumpa lagi utk update pembukaan kronologi kelahiran khalifah Allah yg kedua oleh aku nanti. Ilal liqa' =)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat