Menelusuri Sirah Rasulullah

Allah berkata ' sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta pertukaran antara siang & malam terdapat tanda-tanda bagi orang yang beriman '. Lupa pulak dalam surah apa ada ayat ni -.-"

Lately lepas solat maghrib since nak baca Quran dah sangat mengah, aku tukar dengan baca buku tulisan ulama' tersohor Arab Saudi Dr. Aidh Abdullah Qarni yg sangat sesuai utk jiwa yg tandus seperti aku. Penulisan beliau mmg byk memberi kesedaran dlm diri aku tentang keseimbangan yg perlu dicari dlm kehidupan dunia & akhirat.

So buku yg aku ralit baca skrg bertajuk Nabi Muhammad SAW Al Quran Berjalan. Buku ni more to sirah la senang cakap. Menelusuri kehidupan Nabi drp kecil sehinggalah baginda wafat. Walau dah tahu secara kasarnya tentang kehidupan baginda sbb belajar masa sekolah dulu, kupasan yg berbeza memberikan nafas baru dalam buku ini. Sebenarnya ini bukan kali pertama aku membaca buku ni. Hampir 5 tahun dah usianya bersama dgn aku. Ini merupakan pembacaan kali ketiga & aku masih belum rasa jemu walau sedikit pun.

Ianya masih mampu membuatkan air mata drp orang yg keras hati spt aku mengalir laju. Masih mampu membuatkan mata merah & bengkak membayangkan kesusahan perjuangan yg baginda telah lalui utk mengembangkan ajaran Islam di serata alam.

Since skrg aku sedang mengandung, ayat Quran yg aku tulis awal td agak memberi kesan juga pd aku. Pd aku proses mengandung ni juga salah satu tanda kebesaran Allah. Bayi yg dalam perut ni merupakan satu lagi bentuk keajaiban drp-Nya. Satu benda yg aku paling nikmati semasa mengandung bila mana baby menendang perut aku drp dalam menandakan dia masih bernyawa di dalam sana. Ia merupakan moment yg paling indah ketika mengandung bagi diri aku. Inilah satu satunya benda yg paling aku rindui bila dah tak preggy nanti. Tendangan halus yg membawa seribu satu makna.

Dalam kepayahan aku mengandung, nikmat tendangan halus itu seakan mengatasi segalanya.

' Maka nikmat Allah yang manakah mahu kamu dustakan? '.

Sewaktu kecilnya Rasulullah SAW sering mendongakkan kepalanya ke langit memerhatikan penciptaan bumi. Hatinya sering tertanya siapakah yang menciptakan langit dan gunung ganang yg hebat itu.

Satu yg aku paling kagum bagaimana Rasulullah SAW dapat menanam sifat kebergantungan sepenuhnya pd Allah SWT dalam diri setiap orang Islam pd waktu tu. Sedangkan kita tahu masa tu orang Arab hidup dalam kefasikan sebab takde agama. Masih lg dgn menyembah berhala & orang Arab waktu tu mmg teruk sangat sahsiah dirinya. Macam mana drp jahil yg amat tu boleh jd soleh sampai dpt menakluki kerajaan terhebat waktu tu Kisra & Kaisar. Subhanallah.

Sebab orang muslim waktu tu sangat bagus, maka Islam dpt berkembang dgn pesat. Nak akhir zaman nnti akan muncul semula golongan muslim yg berjaya spt di zaman kegemilangan Nabi dulu. Kita masih menunggu-nunggu. Skrg umat Islam sdg ditindas sewenangnya. Semuanya sudah tertulis sejak dr zaman Nabi lagi. Wallahualam.




 

 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat