Menjamu Rakan Seopis

Malam tadi gigih uolls mak yong 8bulan+ ni mencanai roti jala. Satu setengah jam dok mencanai. Semput mak. Dgn sakit pinggang lagi sbb berdiri lama. Memang carik nahas betul aku ni. Dah sarat gini baru la nak jamu orang opis makan. Sebelum ni dok bertangguh aje kan? Skrg rasakan akibatnya T____T

Tapi puas hati uolls dpt masak & jamu orang makan ni. Simple aje pun. Roti jala & kari ayam. Sedap wohh habi masak kari ayam. Memang aku biarkan dia aje yg masak itu kari. Sebab aku dah sibuk nak bancuh tepung, blender & tapis bagai. Then nak canai lagi. Kalau habi tak tolong masak kari ayam, mmg lagi flat aku dibuatnya. Entah-entah on medical leave terus hari ni kes tak larat nak bangun katil. Hahahaha -.-"

Pagi tadi sempat jugak aku goreng popia segera beli kat Giant malam tadi. Buat tambah-tambah. Nak buat sendiri memang tak sempat dah la. Tak kuase dah aku. Nampak yg ready made terus je kaut tanpa fikir banyak even sblm tu dok jeling kulit popia. Sebbaek la aku sedar diri lagi masa tu. Haha. Lepas goreng popia, goreng naget ayam & sosej lak utk breakfast Naurah. Harap dia suka =) Anak aku tu bukan makan makanan yg pedas or berempah ni. Memilih. Aku pulak hantu pedas. Takde yg pedas rasa macam ada yg tak kena je.

So mlm td tido lewat. Pukul 12tgh mlm baru naik bilik. Naurah pun sama. Pukul 3.30pagi aku terjaga pasal nak pee2. Biasa la penyakit ibu mengandong dah akhir2 ni kan. Tak sah kalau tak bangun 2-3 kali tiap malam utk ke toilet. Masalahnya lps bangun tak boleh nk tido pulak. Dok terfikir nak kena bangun awal perangat kari bagai. Siot betol. Dah la badan penat tp mata segar pulak. Bila dapat lelap tgk2 dah 6.15am. Dgn penuh kemalasan aku bangun utk solat & terus turun bawah buat apa yg patut.

Lepas je settled tapau semua, flat gila aku. Terus sakit badan rasa mcm nak demam. Baru nak dapat rasa penangan terlalu banyak buat kerja. Gila lah. Ni mmg sakit-sakit je 1 badan aku rasa. Gagahkan aje dgn memujuk hati ini hari terakhir aku bekerja utk minggu ni. Malam nti ke rumah Kak Ya sbb habi akan fly ke Jakarta esok pagi & fly balik sini Ahad malamnya. Isnin pun sesiap dah aku amek cuti. Nak drive pergi kerja mmg aku tak koser dah la perut beso gini. Terpaksa korbankan cuti yg tinggal ciput tu sambil pejam mata sebelah.

Syukur sangat hajat di hati ni dah ditunaikan. Memang aim nak jamu sebelum bersalin & menyambut Ramadhan. Takpelah badan sakit pun asalkan hajat tertunai. Manelah tawu ini jamuan terakhir dari aku utk budak opis ye tak? We never know. I hope they like me & my husband cooking. We are cooking with love for them. From our heart. Mane yg terkurang tu harap di maafkan la yer.

Terima kasih sebab sudi menjamu selera masakan kami. InsyaAllah in future kami jamu lagi ^^








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat