Pemilihan Tadika Naurah 2014

Sekarang dah bulan 7. Beberapa bulan je lagi nak masuk tahun 2014. Naurah pun akan berumur 4 tahun waktu tu. Nampak dia pun makin hari makin bijak. Cakap memang dah petah sangat la kan. Dah diapers free kecuali masa yak-yak =P. Budak perempuan memang cepat sket perkembangan otak dia. Akil baligh pun lebih awal drp lelaki ye tak? Kazen yg sebaya dia si Abu Bakar cakap pun tak lepas lagi. Kebetulan Abu lahir akhir tahun yg sama dgn Naurah. So lagi la lambat kan? Ibu bapa mane lah yg tak risau kan kalau anak sebaya tp development anak kita agak jauh ketinggalan. Tapi utk anak lelaki mmg ramai dah aku jumpa yg lambat bercakap etc.

So aku rasa mcm normal kot. Walau apa pun better bawa jumpa doc kanak-kanak la dengar what they say. Kadang kita rasa normal tp doc kata tak normal pulak. At least kita kena ada second opinion lah kan. Kalau bermasalah, boleh treat drp awal lagi bagus kan? Ada jugak anak lelaki yg cepat je perkembangan dia mcm anak perempuan. Yg ini mmg tak payah nak risau lah kot. Bersyukur jelah sbb tak perlu nak risau ape. Hehe.

Aku nak tengok adik baby boy ni sok guane lak gayanya. Kalau jenis cepat mcm kakaknya lagi bagus. Tak payah nk pening kepala sgt. Tapi kali ni adik baby mmg lain la pembesaran dia berbanding kakaknya. Dulu masa MIL kerja selalu la jenguk kakaknya & rajin bersembang bagai. Adik baby nanti takde dah special treatment mcm kakaknya. Fully taska & kami his parents ajelah. Maybe akan ada perbezaan juga. Sama-sama kita nantikan.

Sebenarnya aku nak cerita pasal pemilihan tadika utk Naurah tahun depan. Pemilihan kami berdasarkan konsep tadika + daycare. Kat daycare skrg mana ada belajar sangat. Mmg daycare sesaje. Tgk Naurah pun dah bijak mcm sesuai sgt dah dedahkan dia dgn alam persekolahan. Kami pun takdelah target apa bila dia masuk kindy pd usia 4 tahun ni. Cuma nak bg dia new environment & lebih pendedahan dgn konsep pembelajaran/sekolah. Itu saje.

Yg menjadi fokus aku adalah tadika yg berkonsepkan Islamik & kalau guna English medium, lagi bagus. And the fee must be affordable lah for a medium income family like us. Islamik kena nombor satu sebab pd aku tiada apa yg lebih penting drp pendedahan agama. InsyaAllah kalau agama kita molek, yg lain akan follow. Bila hati kita terang dgn kalimah Allah, teranglah hati nak terima ilmu yg lain. Dulu aku macam nak lebihkan bab penguasaan English. Tp now dah dpt kesedaran bhw ilmu agama akan mengatasi segalanya. English tu cuma ilmu utk dunia while agama adlh utk dunia & akhirat. So buatlah pilihan yg bijak =)

Bila jumpa Little Jannah Integrated Kindergarten by googling, aku rasa bersyukur. Fees yang reasonable & affordable for us & nampak quite aktif jugaklah sbb selalu update ttg xtvt kat sana di fb. So aku pn pm tadika & berharap kami akn dpt pergi kesana utk sesi suai kenal dgn owner etc. Email habi about the fees & dia pun nampak berminat. Lega sgt kalau bab tadika baru Naurah ni dapat settle secepatnya. Lepas ni takut busy dgn adik baby end up dah takde tempat pulak utk kakaknya start sekolah tadika.

Adik baby rasanya akan menyambung legasi kakaknya di taska lama. Dah kenal dgn owner taska & rasa secure nak tinggalkan adik baby kat sana mcm kakaknya dulu. Entah kenapa aku susah nak percaya dgn babysitter while para ibu lain lebih suka guna pendekatan tu. Sbnrnya taska ke babysitter ke tetap ada kelebihan & keburukan dia. Aku lebih suka pegang pd konsep tawakkal. Kat mana pun kite hantar anak kita, sebaik penjaga hanyalah Allah SWT. Benda baik atau buruk semuanya atas izin Dia. Samada kita jaga ke, pengasuh ke taska ke, semuanya tetap ada risiko.

Tepuk dada, tanya iman.

Besar dah anak aku huhuhu

* harap sangat Naurah suka kat tadika tu nanti. risau jugak pasal dia mmg dah selesa kat taska skrg ni huhu.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat