Pilih Kasih Jantina Anak

Tertinggal henfon kat rumah pulak. Tak dapat nak wasap wasap dengan geng semua hari ni. Harap maklom jelah yerk. Takde idea nak update ape hari ni. Semalam sempat transfer gambar dari Ace. Sat lagi aku upload. Gigih hari ni bangun pagi buat nasi goreng utk Naurah & diri sendiri. Habi je bawak bekal special yg tak boleh ditulis kat sini. Ntah pape. Hahahaha.

Dah 2 malam rasa mcm best aje tido. Badan rasa fit. Pagi pun bangun lebih awal drp biasa sbb rasa dah cukup tido & rehat. Perut memang makin besar. Sangat menonjol ke depan. Comel je tengok. Aku jelah kot yg tengok comel. Orang lain tgk tidak gaknye. Hehe. Abaikan. Nampak dah sarat benar dah aku ni. Kalau tak akhir bulan ni, awal bulan depan bersalin lah aku. Mmg dah tak lama pun kan?

Kdg rasa mcm tak percaya aje akhirnya dapat juga sampai ke fasa ni. Lepas ni dah jd ibu beranak 2. InsyaAllah sepasang. Dulu selalu jeles tgk orang dpt anak sepasang. Tak sangka Allah bagi peluang tu pd aku hambaNya yg serba lemah ni. Ianya spt bonus buat kami suami isteri. Kalau ada rezeki anak ke 3, tak kisah dh dpt boy or girl. Mana-mana pun boleh. Tapi secara peribadinya, aku sgt sukakan anak perempuan.

Dulu orang kata anak lelaki selalunya yg diharapkan utk menjaga ibu bapa bila dah tua. Tp hakikatnya zmn skrg aku tgk anak perempuan lebih byk menjaga kebajikan ibu bapa berbanding anak lelaki. Anak lelaki after berkahwin byk yg fokus pd family sendiri aje padahal sbnrnya tggjwb dia masih besar pd ibu bapa. Entah lah. Cara didikan ke guane?

Tak payah tgk family orang lain la. Family aku aje dh boleh nampak situasi mcm ni. Anak lelaki 2 ketul aje. Tapi macam-macam hal kkdg tu. Yg perempuan semuanya molek-molek aje tak bawak byk masalah. Bukanlah masalah ape pun yg 2 ketul tu pun. Cuma klu nak dibanding dgn anak perempuan, lg tak byk hal kot. Yg lelaki ni asyik nak senang aje. Agak selfish & asyik nak ikut ckp deme aje. Susah nak bertolak ansur tak mcm yg perempuan suka bermuafakat.

Masa kecil mak nampak bias pd anak-anak lelaki. Tp dah besar ni mak pun sedar yg anak perempuan lagi boleh diharap drp yg lelakinya. Dia pun bersyukur ada 5 anak perempuan & hanya 2 anak lelaki. Hehehe.

Kan Allah dah kata. Boleh jadi apa yg kita suka tu belum tentu baik utk diri kita. Dan benda yg kita tak suka tu baik pulak utk diri kita. Hanya Allah yg tahu.

So tak payah lah cenderung sangat nak bias pd anak-anak mengikut jantina ni. Layan jelah sama adil sebab dah besar nanti kita pun tak tahu siapa yg akan menjaga kebajikan kita. Anak mana yg OK & mana yg KO. Untung kalau ada yg OK. Kalau semuanya KO? Hurmmm....apo nak dikato?

Kalau dapat duduk rumah dgn ibu, mmg happy sokmo. Behave bile di warning awal-awal HAHA

Moga Allah jauhkan sifat pilih kasih pd anak-anak kepada kita & suami. Amin.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat