Rangkuman 1 Ramadhan

Kesian blog lama tak update. Hari ni dah pun masuk 1 Ramadhan. Gigih lg aku bangun awal panaskan lauk & sahur bersama dgn habi. Kebetulan Naurah terjaga & menangis pulak carik aku takde kat sebelah dia. Terpaksa la habi bawak dia turun & jd peneman kami bersahur.

Masa nak mandi habis semua mknn sahur keluar balik. Sampai opis pun keluar lagi. Kali ni dah lendir cokelat yer. Homai. Baru pagi ni. Dah la lupa makan ubat darah tinggi. Lepas muntah sakit kepala pulak. Dugaan betul.

And yes pagi td aku terjatuh dlm bilik air. Sempat berpaut kat pintu tp sbb badan dah berat, terduduk la jugak. Luka berdarah sikit kat kelingking kaki. Sakit la kat area bawah dekat dgn pelvik tu. Nak jalan kena slow gila pasal sakit kt area rahim tu membawak ke pinggang. 

Hebat kan rangkuman cerita 1 Ramadhan aku? -.-"

At the moment aku masih tak buka puasa lagi. Rasa aloya datang & pergi. Selagi boleh tahan, aku tahankan jelah. Ni tghari ada check up guane la BP aku gamaknya. Kena be honest dgn doc la ckp lupa makan ubat & tentang jatuh kat bilik air td.

Adik baby rajin mengeras & aktif as usual. Smlm jumpe doc klinik biasa tu & dia kata kepala baby dah engaed sikit di laluannya. Entah kenapa aku rasa happy dgr berita tu. Harap dia tak berpusing lagi dah la. Takut klu breech tak pasal kena czer pulak. Nehi nehiiiii.....

Hari ni akan confirmkan semuanya dgn doc. Harap semuanya OK.




Popular Posts