Semakin Hampir

2 hari di hari bekerja aku tak update blog. Cita-cita aku nak dapat MC hari Khamis & Jumaat lepas telah Allah makbulkan. Alhamdulillah. Memang badan sangat perlukan rehat. 2 hari dipergunakan sebaiknya. Berehat sambil melayan Naurah yg behave sebab takut kena hantar ke taska. Haha.

Overall, check up yg lepas adalah memuaskan. Doc happy, aku pun happy. Semuanya nampak normal. BP jelah as usual at border line. Doc kata its okay. Nothing to be worry much. Adik baby dah 1.9kg. Membesar mengikut carta pembesaran normal. Air ketuban pun okay. Kepala adik baby dah kat bawah tapi tak masuk kat tempat yg betul lagi. Doc kata dia masih boleh berpusing-pusing sbb masih ada ruang.

Sabtu pagi kami ke Au2 Keramat. Rumah Kak Ya ler. Saje lepak jumpe my parents.

Habi akan out station ke Jakarta this coming Friday until Sunday. Memang agak sedih jugaklah sbb dah sarat mcm ni kena tinggal pulak T_T Tapi takpelah. Naurah ada boleh temankan. Nak permudahkan cerita, aku akan apply leave on Friday & Monday. Bawak Naurah lepak rumah Kak Ya since mak abah pun masih ada kat sana. Kolig habi akan pick up dia kat sana sblm ke airport. Balik pon kolignya hantar.

Lately aku macam ah experience braxton hicks. Macam kotraksi gitu. Ngeri jugak dibuatnya. Boleh je nak duduk rumah tp habi pulak tak bagi takut anything happen takde sape nak bawak aku g spital. So lebih baik ke rumah Kak Ya ajelah. Ada orang boleh tolong tengokkan. Tidak ler habi susah hati masa kat Jakarta nanti.

My next check up is next week. Hari pertama umat Islam berpuasa. Dah 2 weeks sekali yer. I am excited. Tak sabar nak bersalin dlm pada nervous guane la rezeki bersalin kali ni. Makin kuat doa moga Allah permudahkan semuanya.

Hari ni hari terakhir MIL akan bekerja. Esok dia dah pencen =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat