Berbahagi Kasih Sayang

Hari ni dah hari Jumaat. Bermakna sudah seminggu aku balik ke rumah sendiri bersama dgn 2 orang anak & seorang suami. Takkan 2 orang suami pulak kan. Hehehe. Itu pon nak tulis =P

Alhamdulillah boleh aje manage 2 orang anak ni. Takdelah haywire mana pun. In fact aku rasa happy je menjalankan tugas as a housewife & a mother of 2 buat masa yang agak singkat ni. Now macam dah rasa berbaloi nak duduk rumah if jaga 2 orang anak instead of 1 dulu. Boleh ke habi? Ngehehe

Even jauh di sudut hati memang nak berhenti kerja uruskan rumah tangga & anak-anak, hakikatnya aku sendiri sedar kami masih tak mampu nak hidup selesa mcm skrg if salah sorang je yg bekerja. Sos lupakan ajelah niat tu selagi belum start usaha apa peluang yg ada utk memungkinkan salah sorang drp kami berhenti makan gaji. Peluang tu mmg sentiasa ada sbnrnya. Tp aku tak kuat nak usahakan berseorangan tanpa sokongan siapa-siapa. Takpe...akan tiba masanya nanti kena ambil serius tentang peluang tu. InsyaAllah.

Semalam dah genap sebulan umur Nazif Zukhayr. Alhamdulillah. Dah cucuk pun utk 1 bulan & ambi darah utk follow up jaundis. Reading masih lagi statik pd 10. Tak taulah sampai bila berlarutan penyakit ni. Pastu ade infection pulak kat air kencing. Padan la mcm berak cair budak tu. Kesian. So kena consume antibiotik for a week. Every week memang kena ambil darah utk check tahap bilirubin dlm darah Nazif. Redha ajelah.

Kadang mmg rasa susah & tertanya kenapa lah byk sgt dugaan penyakit si Nazif ni. Dulu masa preggy aku yg bermacam komplikasi. Ni dah lahir dia pulak yg kena. Tak berkesudahan pulak semuanya. Sometimes mmg ada rasa down la jugak. Tapi bila fikir ada ramai lagi orang yg di duga lebih hebat drp kami, insaf juga lah. Tu pasal cuba pujuk diri utk redha & yakin di sebalik semua kejadian ni mesti ada hikmahnya.

Hikmah yg masih belum nampak buat masa ni. Maybe di masa akn dtg InsyaAllah.

Tak sabar sebenarnya nak masa yg kritikal ni semua berlalu. Aku nak Nazif cepat besar spy dia lebih kuat utk melawan sebarang penyakit. Baby mcm ni aku risau gila. Sbb sgt fragile kan. Tak sabar nk tunggu dia dh 6 bulan ke...hehehe...tak pun setahun terus =)

Kasih sayang utk anak sejujurnya memang dah terbahagi 2. Dulu mmg fokus 100% pd Naurah je. Now boleh kata 70% utk Nazif & selebihnya utk Naurah. Yer, mmg tak adil pun. Berat sebelah. Itu semua sbb Naurah tu dah besar & byk boleh berdikari berbanding adiknya. Sebenarnya aku pun tak suka nak jd berat sebelah mcm ni. Kesian kat Naurah sbb mcm asyik kena mengalah. Tp mmg tak boleh buat apa pun. Dia tetap kena terima hakikat yg dia kena byk mengalah utk adik.

Bila rasa mcm ni, aku mmg rasa cukup lah anak 2 aje. Kesian ah kalau berbahagi byk sgt kasih sayang antara anak-anak ni. Boleh gitu?

Bila ada yg lebih kecil, yg lebih besar memang akan terabai punya. Bukanlah terabai mcm mana, tp korang paham-paham sendiri la kan. Nak tulis pun tak tau guane.

Tabik betul pd mak aku yg melahirkan 7 orang anak. Dgn sakit bersalin nya lain. Dgn nak adil pd anak-anaknya lain. Tp percayalah. Aku rasa takde sorang pun mak kat dunia ni yg berjaya berlaku adil pd kesemua anak-anaknya. Memang tak boleh punya. Tak kisah lah atas sebab musabab ape pun tak bolehnya tu. Tp yg pasti mmg takkan boleh.

Buat aku terfikir lelaki yg berkahwin lebih drp seorang. Tugas berat menanti mereka krn bkn senang nk berlaku adil pd semua isteri. Kat dunia boleh la lepas. Akhirat sok menjawab la kome. Nasib baik tak adil pd anak-anak mcm yg berlaku pd aku skrg ni tak dipersoalkan kat akhirat nnti. Eyh, ye ke? O__O








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat