Kelahiran Khalifah Allah Kedua

Akhirnya datang pun mood nak update blog. Ramai rasanya yg dah tau aku dah selamat bersalin khalifah Allah yg kedua spt yg di tulis dlm entry yg sebelum ni. Hari ni baby dh pun mencecah usia 17 hari. Alhamdulillah. Entry ni aku buat khas utk kenangan diri sendiri. Mengingat kembali detik bertarung dgn sakit yg seperti separuh nyawa ditarik. Kalau sakit bersalin dh mcm ni, maut apetah lagi kan? Tskk

Isnin 29 Julai 2013

Inilah tarikh keramat dimana Dr. Fatimah decided utk percepatkan tarikh utk aku di induce due to high blood pressure. Tarikh yg sepatutnya ialah pd hari Rabu 31 Julai. Dah tertulis kat Luh Mahfuz sana 29hb kan. Redha ajelah kite hehe. So as usual proses induce ni tak byk berbeza dgn masa Naurah dulu. So dh siap2 kan mental & fizikal sblm serah diri kat hospital. Pagi dlm pkl 8am baru sampai & 9am dh masuk bilik utk proses memasukkan Pitocin melalui dubur. Ni utk meransang contraction yer. So lps tu bermulalah saat penantian suatu penyiksaan. Hehe. Takde lah terseksa sgt sbb after Zohor dh start rasa sakit ^^ Masa Naurah dulu after Maghrib baru terasa sakitnya. Tu pon lps masuk Pitocin kedua after Asar kalau tak silapnya.

Contraction

Masa Naurah dulu aku cuma sempat merasa contraction sehingga pintu rahim terbuka 2cm. After that dah amek epidural atas nasihat Dr. Kamsiah yg menggantikan Dr. Fatimah yg ade family matters. This time masa Dr. Fatimah dtg dlm pukul 5ptg macam tu & dia buat VE, katanya pintu rahim dah buka 5cm. Huuu..patutlah dah rasa sakit benau masa tu. Sebbaek habi ada all the time buat penguat semangat. Terkejut gak bile doc kata dah 5cm. Sbb mcm cepatnya kali ni? Naurah dulu after amek epidural siap boleh tido mlmnya & 12.30 tghari esoknya baru bersalin. Ini klu dh 5cm, lg 5cm je lg boleh push dh la kan? Neves dah rasa masa tu. Then Dr. Fatimah tanya nak ambil epidural tak?

Aku masa tu mmg dlm keadaan trust your doctor advise je. Bila tgk doc macam bagi choice samada nak ambil or tak, akhirnya aku nekad ckp taknak if tak membahayakan nyawa aku or baby. Aku nak try rasa cara yg berbeza kali ni. Baru best nak cerita kat sini kan? Haha. Then doc tanya lg..boleh tahan tak ni? Aku jwb InsyaAllah doc. InsyaAllah. Tawakal alallah. Org lain boleh, aku pn boleh. Keep on positive thinking je masa tu =)

Ala....5cm je pn lagi kan? Bajet 5cm lagi tu sakit dia sama dgn 5cm yg pertama? Dream on lah woiii...kekeke...

Labour Room

Then doc suruh nurse sorong masuk labour room. Pukul 6ptg dh masa tu. Dlm LR nielah saksi kesakitan contraction maha dahsyat. Huhu. Kebetulan dpt LR yg sama masa bersalinkan Naurah. How nice ^^ Contraction ni sakitnya datang & pergi. Jaraknya atr dia pergi dgn dtg tu makin lama makin dekat. Bila time dia datang tu mmg otak cakap ' here it come..here it come....oh man....'. Haa...gitu. Bila dia pergi tu dpt la berehat kejap tarik napas sblm dia dtg semula. Bersedia ajelah. Aku buat jg breathing technique tu. Kdg berkesan kdg tak. Hihi.

Dlm pukul 7 ke pkl 8 tu akhirnya aku dah penat gila berlawan dgn contraction. So dgn muka tak malu aku tanya nurse if ada painkiller whatsoever yg boleh membantu aku dlm peperangan ketika tu. Nurse kata dia call doc dulu tanya guane. Tak lama pastu dia dtg inject ape ntah nama penahan sakit tu kat punggung. Aku rasa ade kurang sikit la sakit contraction yg aku rasa after that. Dlm suku gitulah kesakitan tu hilang. Tu pn tak semua contraction yg dtg ubat tu berkesan. Ade gak yg tetap rasa sakit tahap maksimum spt sblmnya.

Makan

Masa tgh layan contraction nurse dtg suruh makan. Huhuhu. Dia kata utk tenaga nak push nti. Gagah jugak aku duduk & makan masa tu. Luak la bubur nasi suku. Makan sambil mengaduh bila contraction datang. Habi pn berbuka puasa dlm LR. Kebetulan juadah dia beli kt bazar belakang hospital tak sedap katanya. Kekeke. Kesian.


Detik Akhir

Lepas pukul 9malam aku makin tak keruan. Nurse kata doc datang pkl 9.30 nanti. Then dia minta izin check VE & katanya dah 8cm. Yuhuhu...lagi 2cm je lagi. Tp sakitnya dh mcm hape masa tu. Berharap doc cepat datang. Aku risau betul dia tak sempat sambut baby. Hehe. Akhirnya doc masuk LR pkl 9.45pm & as usual lepas tu semua bz la sediakan apa yg patut nak sambut baby. Dlm 9.50pm gitu doc dah suruh push bila rasa sakit (contraction datang). So aku pn start la push bila sakit tu. Nurse pn ajar la rapatkan dagu ke dada, tutup mulut & push mcm rasa nak berak. Ntah bape kali push ntah. Lost counts dh masa tu sbb sakit sangat. Tp ada sekali tu bontot nak terangkat. Cepat2 nurse ckp jgn angkat punggung! Terus tersedar diri balik. Taknak dh merasa luka byk mcm masa Naurah dulu. Seksa gila. Then ada sekali jugak aku terjerit keluar suara. Hehehe. Tp lps dpt jerit tu rasa lega gila. Lepas terjerit tulah aku push buat kali terakhirnya & akhirnya kepala baby pn keluar ^^

Siryes kat bawah tu dah tak rasa sakit ape sgt dah nk banding dgn contraction yg menderu-deru datangnya bila baby dah nak keluar. Cuma ada la rasa cekang gitu kepala baby kat hujung-hujung nak keluar tu. Rasa mcm besarnya kepala baby ni. Susah betul nak lepas. Huhuhu

Lepas kepala baby keluar je doc ckp OK tak payah push dah. Contraction pun hilang dlm sekelip mata. Terus rasa lega yg teramat sangat semuanya dah berakhir. Dengar lah baby menangis & deme letak atas dada suruh kiss babynya ^^  Alhamdulillah. Then nurse bawak baby utk bersihkan & habi pn ikut sekali. Macam masa Naurah, nurse inject kat atas telapak tangan ubat tidur ke ape ntah. So kite mcm tidur la...rasa mcm mamai gitu. Kdg perasan doc ade buat something kt bawah tu & kdg hitam terus pandangan. Mcm atr sedar & tak sedar. Sedar balik semua dah siap. Jahit siap, pakai pad pun siap =) Bila rasa dah ready, bangun & nurse pn sorong gune wheel chair ke wad. Masa tu pkl 11.30mlm kalau tak silap.

Kesimpulan

Kalau ambil epidural, tak sakit tp mkn masa yg panjang utk pintu rahim terbuka penuh. Kalau tak ambil, sakit tp ambil masa yg pendek utk baby lahir. So buat lah pilihan yg bijak. Hehehe. Dah merasa 2 kaedah. Tak sangka sgt blh bersalin normal kali ni. Rezeki jugaklah aku rasa. Even induce, dpt rasa sakit nak bersalin yg agak pure & tanpa bantuan vacuum whatsoever. Cuma sakitnya takkan kulupa sampai mati hihi.

Luka koyakan adalah sangat minima pd kali ini. Doc tak buat episiotomy@gunting mcm dulu. Koyak sendiri katanya. Tulis kat buku rekod 1st degree je lukanya. Tu psl hari ke-7 dah berani dulu bersila hewhew. Rezeki jugak.

Ada part yg dipermudahkan & ada part yg tidak. Bahagian masing-masing la senang ckp. Redha jelah.

Jgn ditanya ttg anak yg seterusnya dlm masa terdekat ini. Tanya balik 3 tahun akan datang. Itu pn kalau masih hidup ^^

Info Baby

Berat: 3.4kg (terkejut OK sbb last scan 2 weeks before baru 2.8kg ^^)

Cara kelahiran: Induce/Normal

Tarikh & masa lahir: 29 July 2013, Isnin, 10.00pm

Nama: Nazif Zukhayr Bin Mohd Izhar

Maksud: Nazif (Yang Bersih) Zukhayr (Yang tenang/Bercahaya)

The End.





 

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat