Lifestyle Maintenance...What???

Tak payah nak jeles sgt dgn gambo gegar entry sebelum ni yg kt bawah tu. Hakikatnya masih lagi double chin yer. Hahahaha. Itu semua permainan sudut aje. So korang semua sila bawak bertenang semula yer =P

Kalau betul aku dah kurus, mesti aku up gambo whole body okay. Buat masa ni belum ada keyakinan lagi. So nampak sgt masih belum kurus kan. At the moment diet sendiri aje dgn bantuan breast feeding si Nazif. Kalau dah lama sok tengok progress lembab sangat, baru fikir nak try produk yg sesuai for breast feed mom like me.

Alhamdulillah setakat ni dah sebulan lebih berjaya fully breast feed Nazif. Sebelum tu ada campur sana sini sikit pasal kes jaundis dia tu lah. Tak habis pon sekotak 600gram tu susunya. Harap memang tak payah guna lagi lah. Biar sampai berulat situ. Kemain hoverrrr...

Masa Naurah dulu kan aku fully pumping kes nipple confusion. Masa Nazif mmg berniat sgt nak direct feed. Alhamdulillah dapat juga akhirnya impian tu tercapai. Cumanya dah 2 bulan ni pun masih terkial-kial macam anak pertama pulak. Pastu asyik lenjan yg belah kanan aje. Sudahnya belah kiri kena pump. Kekok nak guna yg sebelah kanan sampai melalak si Nazif sbb lambat sangat. Aku budak nangis selak gitu terus cuak ah kan. Laju-laju tukar belah kanan balik. Hahaha. Takpelah...nanti dia dah beso sikit pandai la nak yg kiri jugak. Baby ni fragile sgt. Tak pandai nak cari sendiri lagi hihi

Naurah & Nazif akan dihantar ke taska yg sama utk 3 bulan terakhir tahun 2013 ni. Masuk tahun baru kena pisah le sebab Naurah nak masuk tadika sebab dah 4 tahun kan. Dia pun dah request nak pergi sekolah. Dah jumpa tadika yg ada day care sekali. Bulanan RM350. Kalau nak amek kelas iqra', petang masa day care tu kena tambah RM35 lagi. Aku rasa amek ajelah kan? Kire kelas mengaji ah tu. Tak  payah nk hantar ngaji rumah orang dah. So total per month RM385. Perghh..dekat RM400 suda. Nazif pulak masih baby RM300. Total dekat RM700 utk 2 orang anak yer. Phewwww...berpeloh jantan lak rasanya hahaha.

Antara sebab kenapa anak kena gap lama sket ialah berkaitan kewangan juga. Ini dah gap 3 tahun yer. Masih lagi nak tersedak membayor segala macam perbelanjaan tu. Untung la Naurah cuma pakai pempes time berak je skrg. Susu pun susu murah aje Dutch Lady. Nazif pulak InsyaAllah akan minum susu badan aku je. Jimat susu lagi disitu. Susu baby dah ler mahal. Huhu. Diapers ajelah byk pakai masa baby ni kan. Sebbaek Nazif ni kulit sokay aje tak sensitif mcm Naurah dulu. Buat masa ni kami pakaikan dia Fitti aje. Jimat...jimat. Hehehe. Dah beso skek nnti baru beli diaper yg selesa yer nak...

Ada certain perkara dlm hidup ni memang boleh di jimatkan oleh aku. Tapi ada juga perkara yg lain aku tak suka nak berjimat sgt. Contohnya bab beli baju anak-anak. Tetap nak yg kain nya bagus & corak menarik. Bab ni aku tak berkira sgt. Yg masih dlm range kemampuan la kan. Utk diri aku & habi pun kami masih taknak down grade beberapa perkara la. Contohnya utk aku dlm membeli barang yg jarang bertukar like henfon, handbag & kasut. Yg ni brg jenis lenjan sampai lunyai. So beli mahal takde hal. Bab pakaian pulak aku tak cerewet. Asal menepati ciri-ciri yg aku nak, beli je. Habi pulak jenis memilih bab pakaian. Bab sandal dia tak kisah sgt. Ikut selera masing-masing lah yer.

Bab makan pun aku tak suka nak down grade. Sebab I love foods. Down grade dlm makanan tu maksudnya bukan asyik kena makan makanan jalanan. Aku suke je street foods. Maksud aku ialah kena catu nak makan kat Secret Recipe, Nandos, Pizza Hut, Kenny Rogers etc. Macam sebulan boleh pergi sekali aje. Tidaaaaakkkk!!! Aku mahukan bila aku teringin nak makan, moh ler pegi makan. Tak payah fikir pasal duit sebab duit sentiasa ada. Wahh syurga nya macam tu. NGEEE

Bila kita nak maintain lifestyle yg dah jadi kebiasaan pd diri kita, perancangan yg baik perlu lah dibuat. Utk aku bab jarak umur anak & berapa orang anak tu mmg memainkan peranan penting jugak. Sebab aku dpt rasakan bila apa yg aku nak banyak yg tak dapat, lama kelamaan aku kan memberontak samada scr sedar atau pun tidak. Tentu sekali aku taknak jadikan anak-anak sebagai penyebab kenapa aku jadi macam tu. Oleh itu, kenalah merancang dgn bijak ye kawan-kawan. Ada orang mmg sokay je sengkek skek sbb banyak belanja dah keluar kat anak. Tapi aku tak mcm tu. So malas nk tipu diri sendiri. Mengaku ajelah yg aku ni bukannya perfect mana pun. Ada baik & buruknya jugak mcm manusia normal yg lain.

Belanja utk 1 family dah bertambah banyak. Gaji naik tak banyak mana. Petrol naik 20 sen pun dah terasa. Tak taulah sampai bila dapat bertahan dgn life style sedia ada ni. Harapan tu memang nak sampai bila-bila la kan. Tapi siapa tahu Allah ada perancangan yg lain utk kami. Harap yg terbaik ajelah.

Self reward bila kita penat bekerja saban hari memang perlu bagi aku. Dalam pd masa yg sama nak bahagiakan anak-anak dgn cuba memberikan yg terbaik juga.

Dah jadi member Shaklee tapi tak pandai nak promote pulak. Malu sokmo. Alasannnnn. Padahal mmg dah jadi pengguna tegar produk Shaklee skrg ni. Khas utk membaik pulih kesihatan. Nampak mcm getting better day by day. Alhamdulillah. Okay, lepas ni taknak malas-malas dah beli kat Fad. Order sendiri sana! Beli banyak-banyak utk diri sendiri & family yg lain. Boleh dapat byk bonus tak gitu? HEHEHE

Aummm!!! Anak bujang yg manja..rindu awak!

Biasalah orang ada baby baru. Sokmo nak tayang gambar anak aje kan. Kali ni anak bujang pulak yer ^^

Banyak yg Allah dah tunaikan hajat di dalam hati aku ni. Nak pregnant, Dia bagi. Walaupun kena tunggu 7 bulan sebelum conceived, tapi apelah sangat berbanding yang bertahun-tahun tu kan? Nak anak lelaki, Dia bagi lagi. Mungkin hikmah lambat conceived sebab dia nak bagi anak lelaki yg aku idamkan. Sepasang sudah anaknya. Bersyukur sangat. Terharu pun ada. Maka kena gandakan usaha jadi hamba Allah yg lebih baik drp sebelum ni. Sebagai tanda bersyukur ye tak? InsyaAllah. Niat tu mmg tak pernah padam.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat