Rebonding

Selesai saja kamus hidup aku mengandung buat kali kedua & masa berpantang, aku pun membuka lembaran baru dlm hidup. Ada beberapa benda yg dihajati perlu di usahakan utk di tunaikan. Azam nak dapatkan berat badan ideal, azam nk bebas drp penyakit darah tinggi, azam nak masukkan Naurah ke tadika yg bagus, azam nk fully breastfeed Nazif dan banyak lagi lah. Malas pulak nak taip semuanya kat sini.

Bab turunkan berat badan sememangnya tgh dlm proses. Desperate sgt nak jadi ibu yg lebih sihat utk suami & anak-anak. Taknak jd ibu yg pemalas okay! Bila gemok mmg senang jd malas -..-

Salah satu azam yg tertunai baru-baru ni ialah membuat rebonding rambut. HAHAHA. Macam buang tebiat pun ade ni. Tak pernah okay seumur hidup buat benda alah ni. Sabtu lepas merasa lah habi & anak-anak menunggu aku lebih kurang 2 jam suku kat salon rambut. Aku pun naik lemau weyh tunggu lama sangat. Tapi hasilnya mmg berjaya memuaskan hati aku. Rasa mcm jadi orang yg baru pulak bila rambut nampak rapi gini. I'm doing this just for my own satisfaction & utk nampak lebih cantik di mata suami. Ewahhh hehehe.

Kunun nk nmpk lebih cantik, tapi habi asyik mengusik aku pulak kejenya. Geram betul. Aku ni kalau selalu sgt kena sakat lama-lama mmg moody ah. Mendatangkan amarah jadinya. Huhuhu. Ape pun rasa ringan je kepala bile rambut dh jadi leper ni. Sebbaek x keras kejung jadinya. Suka sbb nmpk rapi aje rambut tu takde kusut masai mcm dulu. Keputusan nk gunting rambut pun dibatalkan bile dah siap rebonding sbb kepala dah tak rasa berat tampung rambut panjang. Takdelah pjg mane pn sbnrnya. Bawah bahu lebih sikit aje. Rambut tu sblm ni mmg aku gunting layered. So nmpk molek je bile dah rebonded. 

Bile tengok kt cermin mcm tak sangka pulak itu rambut aku. Hehehe. Rebonding ni katanya tahan selama 1 tahun. Kita tengok ajelah nnti.

Rambut dah rapi, kalau dpt kurus kan best. Pakej gitu kan. Kalau kurus pun tercapai, suami asyik nak perli lagi mmg aku hempok dgn bantal nanti. HAHA

Sometimes seronok juga bila buat benda yg luar drp kebiasaan ni. Menjadikan kita rasa fresh spt manusia yg baru =) I feel younger by 5 years. Ko mampu??? Kekekeke

* from mr gugel
Lebih kurang gitu la panjang rambut aku skrg. Rambut dlm gambo tu serabai skek. Rambut aku lg rapi rasanya. Hahaha. Pasni nak jaga elok-elok rambut yg sedia ada ni. Rajinkan diri ke salon buat treatment & cuci.

Adik lelaki aku pernah tanya, ko nak buat ape rebonding rambut? Bukan ko free hair pun. Haiihh...ini pemikiran yg sempit yer kawan-kawan. Sesuatu yg indah milik kita tak perlu ditunjuk pada orang ramai. Simpan utk diri sendiri & suami je dah cukup. Membuatkan kita rasa lebih terhormat gitu =)







Popular Posts