29.07.2013 ----> 29.10.2013 ( 3 Months )

Menyampah sangat bila ke Annur utk jumpa paed budak-budak ni which is Dr. Khairul tapi bila datang dia tak ada T__T Bermakna ada Dr. Arbaiyah aje sorang yg bertugas walhal dlm jadual klinik sepatutnya Dr. Khairul pun ada. Even Dr. A pun memang okay sesangat, tapi tetap jugak prefer Dr. K. Mengada-ngada skek. Hahaha. Ingat aku sorang je, tp habi pun nampak kecewa semalam huhuhu

Dr. A ni masa mula-mula dulu je nampak mcm tak friendly. Tapi bila dah selalu jumpa dia, sokay sangat-sangat jugak. Hehehe ^^ Aku pun senang je nak tanya macam-macam kat dia pasal Nazif. Dia pun jawab dgn ramah aje. So selamat dah Nazif kena cucuk 3 bulan. Nangis la kejap dia lepas kena cucuk tu. Kesian.

Pastu malam td dia tak lena tido. Every 1 hour gitu terjaga dok ukk ekk ukk ekk mcm tak selesa or tak sedap badan gitu. Aku saspek sbb injection tu lah. So kena la tido berpelok. Tu pun dia masih tak berapa nak lena. Hari ni jgn ditanya kenapa mata aku mcm panda @_@

Rasa mcm nak EL aje jaga dia. Tapi cuti pun dah tak banyak. So cekalkan hati ajelah hantar juga dia ke taska. Sebbaek pagi tadi mcm dah okay skek. Badan tak panas. Tp bekalkan juga ubat demam in case terjadi lah kan. Budak kalau demam kan asyik nak melekap dgn orang. Harapnya pengasuh baik hati layan karenah Nazif. Tadi dah pesan dah ttg keadaan budak tu.

Naurah pulak flu & batuk. Dah bekalkan ubat jugak.

Berat Nazif at the moment 5.3kg. Masa 2 bulan 4.8kg. Bermakna naik 500gram aje sebulan. Panjang pulak dah 60cm. Masa lahir 53cm. Memanjang by 7cm.

Lenguh dah tangan kalau pangku dia. Even tak berat sangat, tp doc kata progress dia semuanya normal. Syukur. Bile doc dukung Nazif, dia kata amboi pejal badannya. Berasa dah la bile mendukung tu. Hehehe. Berkat susu ibu yang banyak. Awak tu je yg kena minum dgn lebih kerap. Susu ibu InsyaAllah akan sentiasa mencukupi.

Pagi tadi sebeban lagi EBM beku dibuang. Ade dlm 30 packs gitulah T____T Dah nak tamat tempoh dah pun. Tu pun dah ada EBM penggantinya dlm 10 packs gitu. Yang fresh pun bersusun lagi. Tunggu masa nak di bawa naik atas kalau tak berhabis lagi.



Aku sedang melatih diri utk menjadi seorang ibu yang lebih baik drp sebelum ni. Bila dah ada anak, barulah insaf betul nak mengubah diri. Hikmah ada anak ye tak? Bersungguh nak perbaiki diri walhal sebelum ni mak punyalah bebel suruh berubah tapi buat tak paham aje. Hehehe. Yg ini berubah secara suka rela. Demi anak tersayang. InsyaAllah.

Aku ada 1 kelemahan yg sangat susah nak di ubah. 

When I get tired, I tend to be a monster. 

Monster tu bermaksud senang marah. Semuanya sebab penat. Tapi bila ada anak kecil 2 orang mcm ni, mane boleh tak penat kan? Nak layan anak lain, nak layan suami lain, buat kerja rumah nya lain. Pulak aku ni bukannya sihat sangat. Badan rasa mcm dah season sangat. Umur awal 30-an tp badan dah sakit mcm usia 50-an. Siryes tak tipu. Kadang supplement yg ada pun tak dpt nak tolong. Sakit pinggang, sakit sendi, lemah urat. Bukan tu semua penyakit orang tua ke kan?

Skrg pun masih dlm usaha menurunkan berat badan. Harap bila makin susut, aku pun jd makin sihat & cergas. Ini semua perlu utk memastikan cita-cita mempunyai sebuah keluarga bahagia tercapai. InsyaAllah. Mcm poyo je tulis gini. HAHAHA






 


Popular Posts