Bil Astro Naik Lagi

Approved dah cuti hari Isnin depan. Hoyeayhhh. Sebbaek la cuti. Smlm ptg nampak kat white board depan taska tulis taska tutup gak tarikh tu. Habi memang dah apply cuti lama. Tapi dia mana berani jaga Nazif sorang-sorang kalau aku takde. Kompem dia bawak balik Semenyih soh MIL jaga. Hahaha.

Aku pulak jenis kalau mc ke cuti ke duduk rumah tapi anak hantar taska mcm sedihnya lahai. Kadang even demam tetap nak jugak anak depan mata. Kasih sayang seorang ibu tu memang ayah tak boleh challenge lah kan. Habi bila Naurah dah beso umur 2 tahun lebih gitu baru berani jaga sensorang. Kalau x mmg dia akan hantar taska jugak.

Masa aku preggy hari tu pun most of the time bila mc aku tetap jaga Naurah. Cuma ada waktu-waktu yg tak larat sangat tu habi paksa hantar Naurah ke taska jugak. Sayu je bile budak tu lambai tangan T__T

Sabtu ni dah buat appointment dgn owner tadika Naurah yg baru. Nak bayar annual fee dekat RM2k @__@ & bertanya apa yg patut. After that nak lepak rumah Kak Ya sampai hari Isnin. Deliver Corelle dia sekali. Best best

Semalam rocker baru Nazif dah sampai. So rocker lama tu boleh la letak kt rumah MIL. Tak payah nak berangkut lagi dah everytime nak kesana. Plus rocker lama tu dah rosak sket pasal Naurah dok duduk dalam tu minum susu. Sabokan ajelah. Berat dah 15kg ade hati nak duduk situ lagi. Geram je. Harap rocker yg baru ni dia tak lenjan lagi la. Mmg kena cepuk dgn aku klu nampak. HAHA

Nyenyak je tido ^^

Naurah tengah urut ayahnya hehehe
Kebetulan semalam opismate habi datang opis & dia nampak aku beli rocker ni. Dia kata claim ah RM100 kat kampeni habi. Kire cam hadiah sempena dpt baby baru lah. Sblm ni dah dpt drp parent kampeni cash RM100, x bajet lak subsidiari pun nak bagik jugak. Dah org offer aku pun print out jelah bukti pembelian & pembayaran. Mane tau ade rezeki Nazif kan.

Now duit itu sudah di dalam tangan ^^ RM100 cash. Murah rezeki Nazif. Happy..happy huhuhu. Tak rugi pun kalau berbelanja utk anak. Ada je rezeki lain yg akan sampai. InsyaAllah =)

OK. Itu bab happy. Ada cerita tak happy. Bil Astro dah naik yer. Sblm ni total monthly kami RM132.50 sebulan with tax. Now akan jd RM140.98 with tax. Siot je. Dendiam je tetibe sampai surat. Terus ckp dgn habi baik terminate Astro langgan Unifi sbb pakej Unifi pun harga mcm tu jugaklah. Ini dah la nak bayar phone rumah & streamyx bulan2 RM60 pastu Astro lagi. Total up dah jd RM200+. Rugi owhhh

Terminate astro....terminate!!!!








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat