Fikiran Orang

Semalam lewat sikit dlm 6.40pm gitu amek budak2 kt taska. Kesian budak2 tu dah tinggal berdua aje T_T Sebabnya kami balik rumah dulu buat susu Naurah, angkat kain di jemuran & ambil sling utk carry Nazif. Mahu ke pasaraya membeli brg dapur yg kehabisan. Sling tu kami beli murah aje masa Naurah baby dulu. Tak pakai byk kali pun sebab ape ntah. Lupe dah. Hehehe. Beli brand My Dear & habi la selalunya yg guna. Aku tak suka pakai sling/carrier ni =P

Bukan kami sengaja nak bawak Nazif yg masih kecil tu kesana kemari buat itu ini. Kalau ada pilihan, baik la kalau dia duduk rumah aje menghirup udara persekitaran yg bersih. Tak sedut segala asap & bau yg menyesakkan bila keluar rumah kesana sini. Semalam kami bawa dia membeli barang dapur di pasaraya. Syukur ada sling tu sebab memudahkan pergerakan instead of using his stroller. Stroller ni kalau pegi mall OK la. Jenis jalan yg lama, so dia tidur dgn lebih selesa berbanding pakai sling. If nak pergi tempat sekejap2 aje & tempat yg crowded, sling is better.

Syok aje Nazif tido dlm dakapan habi dlm sling yg murah tu. Tak membazir beli. Nak beli sling yg mahal mmg boleh. Tapi takot habi bising ckp membazir sbb dah ada yg ini. Dia kata sokay aje pakainya. Hurm...OK lah gitu. Malas nk jd isteri derhaka HAHA

Biasa la kan klu kita bawa baby kecil ni kadang ada aje orang ramai yg pandang serong. Macam ckp dlm hati, sampai hati nye lah bwk baby kecik jalan kesana sini. Kesian kot!

Itu adalah persepsi biasa manusia yg tak tahu apa-apa tentang kehidupan kita. Jadi maafkan sajalah mereka. I used to think like that a long time ago. Tapi semakin lama kita hidup kat dunia ni & semakin byk halangan & cabaran yg kita dah tempuh, akhirnya kita akan cuba utk tak menghakimi walau apa pun yg mata kepala kita nampak kerana kita sedar yang kita tak tahu apa-apa tentang life orang itu.

Usually aku tak suka sgt memerhati keadaan orang sekeliling sebab aku takut aku akan judge mereka. Aku lebih senang utk buat hal aku & beri perhatian pd family sendiri aje. Orang lain, malas nak kisah. Rasanya buat macam ni lebih sesuai dgn jiwa aku. Dgn harapan dpt mengurangkan dosa-dosa kecil. Hehe.

Dalam kes Nazif pun dah bbrp kali kena tegur ttg betapa kecilnya Nazif sudah dibawa kesana kemari. Aku rasa kami masih lg a thoughtful parents. Skrg kalau nak makan kat luar, kami masih mencari tempat makan yg tertutup & ada ekon utk keselesaan Nazif. Kami bukan duduk lepak di kedai mamak sampai pukul 1pagi dgn anak kecil. Sejak Naurah lahir mmg tak pernah pun nak buat mcm tu.

Mostly kami akan outing ke shopping mall ajelah utk keselesaan Nazif. Takkan lah asyik nk berkurung dlm rumah aje kan? Sedaya upaya elakkan tempat yg terlalu ramai org. Yg penting skrg keselesaan anak2. Keinginan mak bapak dah jatuh no.15 kot. Hehehe.

Hidup ni kalau asyik nak fikirkan tentang apa org fikir tentang kita, mmg tak hidup la kot. Sakit jiwa dibuatnya. Yg penting kita tahu batasan kita & most importantly, Allah knows the best =)

Budak ni pun dah ikut peel ibu. Hantu dessert @_@

Betapa sibuknya skrg ni life rutin aku & habi. Mengantuk tak cukup tido & letih badan buat pelbagai kerja samada kat opis atau rumah mmg agak mencabar buat masa ni. Hectic okay. Jadual pun padat sentiasa. Every weekend ada aje aktiviti yg nak di buat. Penat. Sgt penat. Tapi tetap happy. Pelik tapi benar ^^

Weekend ni InsyaAllah akan join gathering geng UB kat Kemensah. Malam esok kami lepak rumah Kak Ya sbb dr rumah Kak Ya makan 20 minit je kot dgn Kemensah tu huhuhu. 2 malam ah tido rumah Kak Ya sblm Ahad tengahari tu attend wedding office mate habi dekat dgn rumah kami. 

Sejak berkahwin & ada anak ni, pergi wedding adalah salah satu acara kegemaran aku. Suka sgt makan lauk pauk kenduri kahwin. Sedap. Tapi tetibe teringat kes kt Sg. Petani baru-baru ni. Ayam yg dh tercemar dgn kuman salmonella menyebabkan kematian 6 org tetamu majlis kahwin dengar ceritanya. Moga Allah sentiasa menjaga kami sekeluarga. Amin.

Rupa yg selalu berubah-ubah di mata aku huhu










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat