Hari Pertama

Bismillahhirrahmanirrahim....

Hari ni merupakan hari pertama Naurah kembali ke taska selepas hampir 3 bulan duduk dgn aku & Nazif pula hari pertama. Malam tadi sampai je rumah from in law house dah dekat pukul 10 malam. Tak berlengah aku terus lah siapkan beg baju utk anak-anak. Makan masa setengah jam la jugak menyiapkan itu ini. Dah tak boleh nak settlekan pagi dah beg nak ke taska mcm masa anak sorang. Komfem nanti merah punch card aku. Lagi la hari ni first day kan. Segala macam benda nak kena bawa baik dr susu Naurah ke ebm Nazif.

Dan tekaan aku sememangnya tepat. Kunun nak keluar paling lewat 7.30...pung pang sana sini last last 7.40 jugak baru gerak. Singgah beli nasi lemak Naurah lagi. Sampai sana Ibu Midah (pengurus taska) tak ada. So serah Nazif pd anak dia yg baru habis belajar Dip. Kanak-Kanak tu. Pesan kat dia tolong perhati sikit Nazif ni sebab dia terkadang akan muntah susu banyak-banyak sampai keluar kat hidung & suka main air liur sampai tersedak-sedak. Memang ini yg buat aku sikit risau nak hantar dia ke taska. 

But what choice do I have? Makanya kami hanya mampu berdoa pd Allah moga tak ada apa-apa yg buruk berlaku pd Nazif dan juga kakaknya Naurah. Si kakak tak risau sgt sbb dia dah besar. Plus membesar kat taska tu dari umur 2 bulan jugak. Harap dia happy jumpa balik kawan-kawan lamanya =)

Lega sikit la bila tanya ada ramai baby ke? Nazif sorang je yg paling kecil. Yang lain dah 5 bulan ke atas. Harapnya Nazif boleh la dpt perhatian lebih macam tu. InsyaAllah.

Bekal EBM Nazif ada 6 pack semuanya. 5 adalah fresh EBM & 1 buat standby dari simpanan beku. InsyaAllah cukup lah tu. Masa MIL jaga pun sampai 6.30pm tu habis 4 packs je. Moga susu badan aku tetap maintain even tengah gigih mengganti puasa ni. Amin.

Balik kerja skrg tak boleh lewat sangat. Kesian nanti kat pengasuh kena tunggu lama nanti. Maksimum pun selalunya pukul 7malam. Itu pon dah lewat sgt. Jarang ada parents yg lambat ambil sebab mostly yg hantar situ kerja gomen. Dulu mmg takde masalah pasal MIL akan pick up Naurah bw balik rumah. Gomen kan pukul 5ptg dah balik. Kami balik 5.30ptg. Dah ler makan masa 20minit lagi nak sampai kesana. Itu pun kalau tak jem gila kat traffic light Dengkil/Bangi tu. Harap paling lewat pun 6.30pm. Aku tak masalah bab nak balik on the dot ni. Habi la kdg ada kerja kat site nak kena settlekan dulu baru boleh balik.


 Ya Allah, jagalah keselamatan mereka walau dimana mereka berada. Amin.
 



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat