Kerana Breastfeed

Alhamdulillah sekarang fresh EBM Nazif semakin meriah. Kalau bagi kat taska 5/6 packs, kat rumah masih ada lagi balance dlm 3 packs gitu. EBM beku takde usik pun. Kang dah cukup 3 bulan kena buang lah jugak. Habi pon dah bising sbb EMB beku tu ambil ruang separuh dlm freezer. Padahal EBM beku tu semua aku buat masa masih dlm pantang je. Lepas tu mane ada buat dah.

Masa Naurah dulu mmg lansung tak buat EBM beku. Utk Nazif aku buat sebab orang kata baby boy ni kuat menyusu. So ambil lah langkah berjaga-jaga kan. Gigih la mengepam masa pantang dulu. Tapi nampaknya rezeki fresh ebm harian aku masih lagi meriah. Cukup utk Nazif seharian kat taska. Tak ada masalah. Cuma masa first week start keje ritu jelah haywire sket. Now byk benda dah settle down. Syukur.

Sayangnya rasa nk buang ebm beku tu semua. Ada orang dia gunakan ebm beku utk bekalan ke taska instead of fresh ebm. Tapi pd aku lebih baik bagi fresh ebm kan? Yg beku tu mesti la nutrien dia dah kureng skek berbanding yg fresh. Pd aku yg beku tu utk emergency case aje. Maybe ade orang dia sayang nak buang yg beku tu bila dah tamat tempoh mcm kes aku skrg ni kan. Tapi pd aku point utamanya kita nak berikan yg terbaik utk anak kita. Kalau yg terbaik tu ada, kenapa nak beri yg kedua terbaik pulak? Mesti kita nak utamakan yg terbaik sekali kan?

Lain org lain kot fikirannya. Habi pun ada suggest habiskan ebm beku tu dulu utk Nazif baru guna yg fresh. Hishh..tak nak lah aku. Baik lah aku buang je ebm lama yg kita pun tak sure sgt nutrien dlm dia tu entah masih elok ke tidak. Baik guna yg kita betul-betul yakin masih lg terbaik utk anak kita.

At the moment aku takde ambil sebarang supplement khas utk banyakkan susu badan. Now cuma mantain supplement Shaklee harian iaitu Omega, Oste & Alfalfa. Every pumping session boleh dpt 6oz. Alhamdulillah masih cukup utk Nazif. In a day aku cuma pumping 4 kali je. Lepas tu direct feed ajelah.

Tak sabar nak tunggu Nazif 6 bulan & dah boleh makan bubur etc. Skrg ni aim nak fully breast milk dia sampai waktu tu jelah.

Ohh..by the way perasaan emosi aku terhadap Nazif memang lebih kuat berbanding Naurah. Maybe sebab aku berjaya breastfeed dia secara direct kot. Kasih sayang tu macam terlebih sikit berbanding utk kakaknya. Bukan dibuat-buat tapi mmg boleh dirasa. Mcm smlm masa ambil Nazif kt taska dia baru lepas kena gigit nyamuk kt kelopak mata. Merah & bengkak sikit matanya. Sedihnya hati aku masa tu mcm tak terkata. Rasa mcm nk menangis aje. Masa Naurah aku takde rasa mcm tu sangat kot hehehe. Lebih cool aje gitu.

Sebbaek sekejap aje merah & bengkak matanya tu. Lepas aku sapu2 dgn tgn gitu smpi rumah dah OK. Comel balik dah anak aku hehehe. Aku tak rasa sayang lebih aku pd Nazif disebabkan jantina. Its all about my direct feeding for him. I just knew it.

Naurah jgn sedih yer, ibu tetap sayang awak jugak. Kan ibu selalu peluk awak & dengar cerita merepek awak tu hari-hari kan? =B

Haa...one more thing maybe sebab muka Nazif ikut rupa aku kot. Org kata sejuk gitu ^^


Masa ni takde stroller baru lagi. Pakai buggy Naurah aje. Kesian adik T__T



 






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat