KPJ Pakar Puteri, JB

First time balik ke Johor dgn Nazif masa aku belum masuk kerja lagi. Masa tu plan nk tinggal barang seminggu dua la kat sana. Malangnya kita cuma merancang tp Allah dah tentukan. So cuma dpt 4 hari je kot kat sana. Nazif punya jondis bounce back sampai kena warded buat kali kedua. Poor my lil boy T__T

Bila Dr. Ismail Haron paed pakar kat sana kata kena warded lagi, kami request utk warded kat An Nur, Bangi & mintak surat recommendation drp dia jelah. Pertamanya sebab cuti habi sampai hujung minggu tu je. So nak berulang alik dr Linggiu-JB mmg susah la. Malas nak susahkan mak abah plus agak jauh jugaklah dlm sejam perjalanan gitu. Aku pun tak kuat rasanya nak hadap sorang2 situasi ward kalau takde habi sesama. Takot stress kang jd meroyan pulak hehehe

Kat sini aku cuma nk review ttg hospital ni aje. Pertama kalinya aku nampak sebuah hospital swasta yg orang punya lah ramai macam ianya sebuah hospital kerajaan. Semua kaum pun ramai tp mostly cina la. Pastu kan, 2 hari berturut aku kesana mesti ada yg tegur tanya pasal Nazif. Aku tak sangka orang JB masih ramah tamah mcm tu hehehe. Baik drp ah soi cina sampai la ke budak lelaki melayu. Indian woman pun ada yg tegur jugak. I was like..wowwww...so nice la peoples yg datang kt hospital ni. Very caring gitu huhuhu

Dari segi keselesaaan, nak parking kereta tempat adalah terhad. Orang ramai sgt kot. Bangunan hospital pulak bila dah ramai orang gitu maka jadi sempit lah kan. So ada rasa kurang selesa jugaklah bila dah ramai-ramai gitu. Cafe dia pun kecik aje. Harga makanan agak mahal tp soto dia sedapnyerrr. Hehehe. Tekak orang Johor bila balik balik Johor sedap ajelah kot. Tp karipap tak sedap pastu mahal pdhal kecik aje. Tepung tebal sgt hihi

Tentang Dr. Ismail pulak aku rasa okay aje. Best jugak. Kalau aku dduk JB mmg kesitu je kot bab kesihatan anak-anak ni. Cuma bab ramai orang & sempit tu jelah agak tak best skek. Mcm Annur jugak. Sebbaek klinik paed Annur selesa even ramai orang. So boleh la bertahan smpi skrg. Lagi pun mmg suka sgt dgn Dr. Khairul. Kdg ckp dgn dia dah mcm bercakap dgn kawan-kawan aku buat hahahaha. Sbb da sllu jumpa kan, kemesraan tu dah terjalin gitu..cehhh...haktuihhh..hahahaha

K itu je nak tulis. Bai.




Popular Posts